Sunday, May 17, 2009

Untuk guru

Sajak adalah sebahagian daripada karya penyair buta, J.M.Aziz.


Saturday, May 9, 2009

Ibu..tiket ke syurga

Seorang lelaki dilihat menangis teresak-esak berhampiran sebuah pusat mandi awam apabila dia tidak dibenarkan masuk kerana tidak memiliki tiket.Simpati kepada lelaki itu, beberapa orang yang lalu lalang menawarkan wang kepadanya supaya dia boleh membeli tiket. Namun, lelaki itu berkata, dia menangis bukan kerana tiada wang untuk membeli tiket.Sebaliknya dia menangis kerana insaf.

Katanya, jika untuk masuk ke tempat mandi di dunia pun perlukan tiket, apatah lagi jika kita ingin masuk ke syurga Allah di akhirat kelak. Pastinya, ada syarat yang perlu kita patuhi sebagai tiket untuk masuk.Persoalannya, sedarkah kita bahawa satu tiket untuk kita masuk ke syurga sebenarnya berada pada ibu kita? Apabila Rasulullah SAW bersabda syurga di bawah tapak kaki ibu, ia bermaksud kita dengan mudah boleh masuk ke syurga jika patuh pada ibu.Sebaliknya jika kita ingkar atau derhaka pada ibu, kita mungkin terlepas peluang untuk memiliki tiket itu.

Justeru kepada semua pembaca, jika pemegang tiket untuk anda ke syurga itu masih hidup, berbuat baiklah kepadanya untuk memastikan anda memiliki tiket ke syurga sebelum anda terlepas peluang memilikinya apabila mereka meninggal dunia.

Selamat Hari Ibu buat bonda yang tersayang, Rohani Hj Manaf, juga buat bonda mertua tercinta Khamisah Meno..Terima kasih pada mak dan mama diatas segalanya-segalanya,pengorbanan kalian yang tulus lagi sejati tak mampu kami balas di dunia ini...Kami akan selalu menyayangimu..Buat semua pembaca yang bergelar ibu..Selamat Hari Ibu...

Wednesday, May 6, 2009

Menarik hari ini....

Persidangan Dun Perak yang kecoh.
Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - yang sedang berlangsung ketika ini sangat panas dan kecoh. Pemimpin dari dua belah pihak bertikam lidah. Bemula dari semalam,ada pimpinan yang ditangkap polis,begitu juga hari ini,malah dijangka bertambah lagi pemimpin dan penyokong PR yang ditangkap gara-gara kekocohan ini. Kedua-dua pihak masih berdegil dan tidak mahu berganjak. Inilah akibatnya dari rampasan kuasa yang tidak direstui malah dipersoalkan pula dari sudut undang-undang.
Berita lanjut boleh dibaca dari http://www.malaysiakini.com , http://www.bharian.com.my

Peragut menjadi pembunuh
Akhir-akhir ini ,jenayah ragut semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Setiap hari ada saja berita mengenai ragut yang mana rata-rata mangsanya terdiri daripada wanita. Apa yang lebih membimbangkan,penjenayah ragut ini sanggup berbuat apa saja sehingga hilang perikemanusiaan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa,trauma kepada mangsa dan seluruh ahli keluarganya.

Hari ini ada lagi berita kejadian ragut yang menyayat hati yang berlaku di Kota Bharu,Kelantan. Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia kelmarin setelah koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu.
baca kat sini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20090506232944/Article/index_html

Virus H1N1 menular di Eropah
Ini pula cerita pasal selsema babi atau dikenali dengan nama virus H1N1 ni...





SEORANG penduduk Mexico memakai topeng bertulis 'influenza proxima' bermaksud 'selesema seterusnya' berkumpul di depan pejabat Setiausaha Kementerian Kesihatan Mexico City semalam, menuduh kerajaan menyembunyikan masalah lebih besar.

Peningkatan kes di Itali, Britain, Sepanyol, Jerman dan PerancisGENEVA: Virus influenza A (H1N1) terus tersebar di Eropah apabila makmal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan lebih banyak jangkitan di Britain, Sepanyol, Itali dan Jerman, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, semalam. Dalam kiraan terbarunya, 27 lagi kes disahkan di Britain berbanding angka sebelumnya 18 kes manakala Sepanyol dan Itali masing-masing mempunyai tambahan tiga lagi kes dan Jerman tambahan satu kes.
Baca di sini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090506225521/Article/index_html

Monday, May 4, 2009

Segala puji bagiMu Allah

Betapa Kesempatan itu masih DIA beri...
Pagi ini kita kembali terjaga. Kembali menghirup segarnya udara kehidupan. Dia masih memberikan kita kesempatan untuk kembali berjumpa dengan orang-orang yang kita cintai. Berjumpa dengan manisnya senyuman si kecil, dan segala yang selalu membuatkan degupan jantung kerinduan kita berdetak begitu kencangnya.
Dengan RahmatNya, Dia masih memberi kita kesempatan. Kesempatan untuk melihat sejenak ke belakang. Untuk melihat segala kekurangan dan senantiasa perlu untuk terus memperbaiki.
Mungkin kelmarin mata ini tidak terjaga. Begitu pula lidah, fikiran dan juga hati. Banyak gerak yang ternyata masih jauh dari nilai yang bererti. Meskipun begitu, kini Dia masih menganugerahkan kita hari baru untuk kembali.
Ya Robbiy…
Betapa sudah selayaknya kami menjawab kasih sayang~Mu dengan perbuatan terpuji..