Tuesday, July 21, 2009

Monolog hati..

Menilai monolog hati seorang yang bergelar hamba-Nya.

Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia : Nak makan, laparlah ??
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan membaca Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahla... baca baca dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa? .makan aje le..
Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!pakai yang terbuka tu..
Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan : Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia : Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.jap lagi leeee
Manusia : Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa....
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan : Perggghh.... . best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..memang rugi tauuu..
Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? diaaa..
Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah²... pandai2lah?
Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempat la)
Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
Manusia : Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu....
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...

Manusia yang bijak akan menilai dengan akal bukan dengan hawa nafsunya. Pilihlah sesuatu yang tepat dan betul untuk kebaikan. Pilihan ada di tangan kita,manusia,makhluk dan hamba-Nya.

Thursday, July 16, 2009

Petua nak khusyuk solat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup,dan untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya.
5. Melakukan rukun solat secara tertib. Berusaha menumpu sepenuh perhatian dan menyedarkan diri bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Solat dengan menghadirkan hati, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
7. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
8. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
9. Mengambil wuduk dengan sempurna.
10. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
11. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
12. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Solat juga merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat.Firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Moga kita sama-sama dapat manfaat..
Jumpa lagi..

Diedit dari http://www.angelfire.com/

Tuesday, July 14, 2009

laksa oh laksa

Happynye hari ni sebab dapat makan laksa setelah sekian lama teringin nak makan...hari ni buat laksa utara..walaupun kekurangan bahan, alhamdulillah sedap je ditekak saya ni...hubby pun suka sangat.. Saya ni memasak sempoi aje gitu,tak cukup bahan pun tak apa,asal sedap ditekak kami ni...Yang penting bahan asas mestilah cukup..

FYI,saya ni memang peminat laksa, tapi tak nak makan buatan sendiri.. bukan apa,hari-hari memasak,kadangkala teringin juga nak makan masakan orang lain. Masalahnya,bila beli pulak asyik tak kena ditekak,nak tunggu laksa Chef Bg Chik perlis(Abang ipar) entah bila-bilalah dapat..tapi laksa dia memang sodaplah...akhirnya bila dah teringin sangat buat jugalah sendiri,dapat makan dengan puas...Alhamdulillah..

Mudah je kalau bagi anda peminat laksa nak buat, sebenarnya saya masak memang tak ada sukatan yang specific, campak-campak je..hehe..jadi agak-agaklah sukatannya nanti ye...bahan-bahan asasnya cuma ikan kembung(ikan lain,sardin atau tuna pun boleh),cili kering,bawang besar,bunga kantan,daun kesum,asam keping, sedikit belacan dan garam secukup rasa untuk kuah.

Blend cili kering,bawang besar dan belacan. Ikan direbus(air jangan buang,guna untuk kuah) ambil isi ikan dan blend, masukkan dalam periuk bersama dengan bahan blend,dan lebur je semua dengan bahan lain sehingga mendidih. Asam keping masuk kemudian,nanti masam sangat. Rasakan garam dan asam,dah siap kuahnya..

Celur atau rebus mee laksa,dan sediakan bahan ulamnya(terpulang ikut selera nak ulam dengan apa) contoh timun, salad,bawang besar,daun selom,cili api,cili besar atau nenas. Jangan lupa telur rebus. Kalau rajin bolehla cuba resepi simple ni,atau mungkin anda ada resepi lain yang lebih sedap,terpulang pada selera masing-masing. :-)

Apapun happy cooking,jumpa lagi....

Monday, July 13, 2009

Rahsia Allah

ALIHKAN pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak menambah keimanan kita atau hendak menguji sekuat mana iman kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam melayari bahtera kehidupan.

Jumpa lagi...

Sunday, July 12, 2009

Sayangi jantung anda...

Bila tibanya saat itu...
Subhanallah
Lihatlah...
Bagaimana Allah menciptakan jantung dengan
ritma detak yang teratur...
Bayangkan !
Jika detak itu akhirnya berhenti ,
dan segala kenikmatan itu pun berlalu, dan
segala janji-Nya adalah pasti..

Saturday, July 11, 2009

Dedikasi

Kawan-kawan saya seperjuangan di 3rd dulu,rindu betul dengan kalian. Bila belek-belek album gambar masa belajar dulu,maka terimbaslah kembali kenangan-kenangan bersama masa di kolej 3..seronok bila mendengar ramai diantaranya yang berjaya dan bahagia dengan kehidupan masing-masing..alhamdulillah..namun ada juga khabar yang tak seronoknya iaitu berita tentang ISA 7 yang melibatkan adik Khairul Amal,rasanya kes masih dalam rayuan.. semoga Amal tabah selalu..