Tuesday, March 31, 2009

Kenapa tak boleh sambut April fool

April fool? budaya ini tidaklah seglamour valentine tapi bagi umat Islam yang mengamalkan budaya ini ia boleh merosakkan akidah.. Berikut ada sedikit fakta sejarah yang telah dipetik dari seorang penghantar e-mail berkenaan budaya ini.

Tahukah anda April Fool’s Day ini, mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. April fool's day celebration's in the north beach neighborhood - san francisco, california

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Rujukan : Risalah FikrahPeliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu …..rawahuttirmizi

'Climate change'

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Kesan pemanasan global di Malaysia
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif
Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

Sumber : wikipedia.org

Sunday, March 22, 2009

Buah melaka

Hari ni buat kuih buah melaka, kuih tradisonal yang paling senang dan kegemaran my hubby. Tadi buat kuih ni dengan Balqis,kemain seronok dia mengentel tepung(dia punya saya tak masuk dalam periuk la).Bila dah masak suruh gigit sikit pun dia tak mahu.

Dulu masa kecil-kecil mak rajin buat kuih ni tapi masa mak buat,tak minat pun nak makan. Lepas kawin suami pulak suka makan kuih ni,jadi saya terikutlah makan sekali. Dia makan makan kuih ni macam makan kacang je!Seronoknya tengok...Di kampung saya,orang panggil kuih ni kuih kelepung,agaknya sebab bila dah masak ia terapung,sebab tu namanya kelepung...hehe

Macam-macam cerita..

Dah lebih dua minggu tak menjenguk blog ni. Kebetulan pula cuti sekolah baru berakhir hari ini.Selalunya minggu cuti sekolah memang bizi dengan bermacam-macam event yang tak terancang. Ada bermacam-macam sebab dan cerita yang berlaku sepanjang 2 minggu ini.

Pertamanya, minggu lepas saya ada appointment gigi untuk rawatan susulan.Lepas jumpa doktor,dua hari selepas tu gigi sakit pula. Bila dah sakit gigi manalah ada mood nak mengadap komputer,menulis blog,berchatting dan sebagainya. Sakitnya pula berlarutan hingga hari ni,cumanya sakitnya sekejab ada dan sekejab tak ada. Tapi bila dah sakit aduhai..tak boleh tidur malam dibuatnya. Rasanya macam nak pergi lagi jumpa doktor,tapi rasa macam malaslah pulak sebab next appoinment 24 hb ni. Saya rasa nak tunggu ajelah tarikh tu,tak adalah ganggu sesi rawatan orang.

Dulu-dulu bila sebut doktor gigi memang takut.takut kena cabut,tampal dsbgnya. tapi sekarang rasa tak sabar pulak nak jumpa doktor.Ops,bukannya sebab doktor tu handsome tapi sebab dah ada kesedaran pentingnya menjaga gigi. Kalau gigi sakit,susah nak makan,susah nak buat kerja..pendekkata serba tak kena kehidupan seharian kita kalau sakit gigi. Doktor yang merawat gigi saya tu,seorang yang teliti dan lembut semasa membuat rawatan. Mungkin itu untungnya membuat rawatan gigi di klinik swasta,cuma kita kena bayar ajelah kos perkhidmatan yang tak kurang mahalnya tu.















Cerita kedua pula,seminggu dua ni internet di rumah saya problem. Nak publishkan post ni pun berapa kali tak berjaya..kejab-kejab ter disconnect..selalunya bila dah macam tu, malas saya nak melayan karenah streamyx ni,dan terus tutup labtop. Celcom Broadband juga sama buat hal,yang geramnya bila hujan aje memang internet di sini bermasalah. Dah berapa kali report tapi masih macam tu juga. Dahla moderm broadband yang comey tu rosak,nasib baik masih under warranty. Itu semualah yang jadi punca saya malas nak meng surf internet waktu-waktu macam ni,banyak sangat gangguannya.

Internet buat hal,labtop cik hubby juga sama..tiba-tiba tak boleh on. Kena pula hari minggu,service centre di USJ pun tutup. Nak tak nak terpaksalah ke plaza Lowyat di Bukit Bintang yang sibuk dengan manusia tu,setelah dicheck rupa-rupanya motherboard rosak,nak baiki kena anggaran kos tak kurang RM1k. Poning kepala abang,akhirnya kami setuju beli cpu baru,untuk gantikan labtop buat sebab nak baiki ambil masa 1 bulan. Labtop lama pula kami ambil semula nak hantar baiki di pusat perkhidmatan ACER di USJ. Rasanya kos baikinya taklah setinggi di Lowyat.

Dalam kesibukan dan kekalutan,ada juga berita gembira,saya dapat anak saudara baru..kakak saya bersalin anak yang ketiga tapi saya pula yang sibuk. Sibuk ke sana ke mari,cari comforter baby,siapkan barut dan ambil sekali mak dan ayah dari kampung. Sebenarnya kakak saya ni dah lama rehat dari pregnancy,anak yang kedua dah berumur 6 tahun.Sakit nak bersalin pun dah lupa katanya. Lepas tu barang-barang anaknya semasa baby semua dah tak ada,entah ke mana menghilang.

Cuti-cuti sekolah ni juga mak ayah,kakak abang dan anak saudara pun datang,ada yang bermalam,tumpang buat assingment dsbgnya. Bila dah ramai-ramai memang seronok tapi lepas tu..penatlah mengemas. Kadang-kadang geleng kepala juga juga tengok anak-anak kecil merosakkan barang..aduyai,poning kepalo...

Macam-macam story yang saya muatkan kali ni..macam rojak pulak,macam-macam ada....tak apalah kan,yang penting tetap happy gitu ^_^

Thursday, March 5, 2009

Cebisan Kenangan

Cebisan Kenangan-Amar
Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi...

Cerita kakak

Mama : Kakak,panggilkan baba kat atas,mama ajak makan.
(Balqis pun naik ke atas,selang beberapa minit,turun semula)
Bibik : Kakak dah panggil baba dah?
Balqis : Dah
Bibik : Lalu?(maksudnya,lepas tu baba cakap apa)
Balqis : Lalu kat situ la..kat tangga tu
Kakak blur aje bila semua orang ketawakan dia...
Mama : Pandai anak mama...













Balqis tengah sibuk membaca buku cerita arnab dengan kura-kura. Leka betul dia menelek gambar dalam buku tu.
Bibik : kakak baca buku apa tu?
Balqis : Buku ni,ada cerita..gambar-gambar
Bibik : kakak,ni kira-kiranya gambar apa ya?
Balqis : Kira-kira satu,dua,tiga....(mengira sampai sepuluh,dalam bahasa baku pulak tu..)
Sekali lagi,pertembungan bahasa....
Lepas ni tak tahulah perkataan apa lagi yang berbeza makna antara dua warga berlainan negara ni...

Ni ada satu lagi cerita lucu,kisah benar yang diceritakan oleh kawan saya...
Sepasukan anggota polis membuat serbuan pada satu kumpulan pendatang tanpa izin. Bertempiaranlah lari kumpulan pendatang ni. Seorang tu tak sempat lari dan dicekup oleh anggota polis...dia merayu "pak,tolong saya pak,saya orang malaysia..jangan tangkap saya pak.."dalam loghat indonesia. Tergelak besar la orang yang melihat kejadian tu.

Wednesday, March 4, 2009

D.I.Y

tada..ni lah hasilnya barut baby yg dibuat sendiri...khas buat incoming baby...


Ini pulak utk mama baby

Tuesday, March 3, 2009

Banjir & tanah runtuh

Pemandangan Kuala Lumpur pada 03/03/09



Sekarang ni adalah musim hujan bagi kawasan malaysia barat. Banyak juga kawasan yang dilanda banjir walaupun tak teruk tapi ternyata ianya menyukarkan sesiapa yang mengalaminya.Kuala Lumpur juga semalam dilanda banjir,banyak juga kenderaan dan orang yang terperangkap. Kenderaan yang terendam dalam banjir tu macammanalah agaknya ya.Masa nilah pentingnya float cover untuk insurans kenderaan yang jarang-jarang diambil orang.Kalau tak ada float cover tu tak bolehlah claim insurans..

Baru-baru ni waktu saya pulang dari kampung,kebetulan hujan amatlah lebat dan panjang. Di kampung saya ni memang banyak sungai dan untuk sampai ke rumah saya terpaksa melalui beberapa jambatan.Sebenarnya ada dua jalan nak masuk ke rumah saya ni,tapi kedua-dua jalan ni terpaksa melalui jambatan.
  • Jalan pertama(short cut) satu aje jambatannya tapi tenggelam dek air sungai,tak berani lah nak lalu,buatnya mati enjin dalam air kang..ha sapo nak nolong...
  • Laluan kedua pula kena melalui..4 eh 5 jambatan(tak sure la pulak..) jambatan awal semua boleh dilalui walaupun air dah naik hingga ke paras jambatan..tapi sampai ke jambatan akhir tak lepas pulak sebab airnya naik sampai melimpah ke jalan sebab jalannya yang agak rendah.Kecut perut melihat air sungai yang deras,terbayang macammanalah banjir teruk yang berlaku di pantai timur dan beberapa kawasan lain di Malaysia. Tak mustahillah ada yang menjadi korban jika dilihat keadaan air yang deras macam tu.

Kami terperangkap dalam kampung tak boleh keluar! Menyesal pula rasanya tak keluar lebih awal,tapi manalah tahu banjir akan berlaku dibeberapa kawasan di kampung ni sebab sebelum ni(sepanjang pengetahuan saya) belum pernah berlaku banjir. Nasib baik rumah-rumah penduduk sini banyak di tanah-tanah tinggi..tapi bekas kawasan-kawasan sawah padi dahulu kala semuanya ditenggelami air. Kami pun berpatah balik semula ke rumah menunggu hujan reda dan air agak surut. Mak dan ayah terkejut sebab kami muncul lagi. Anak saya Balqis yang banyak mulut ni sibuk menanya.."mama,tadi kita keluar tipu-tipu ye mama..."bila sampai rumah pula dia terus cakap dengan atuk yang baru sudah solat "Atuk,air sungai tu penuh..tak boleh lalu"

Pagi besoknya seawal 7.30 pagi kami bertolak nak pulang ke Subang. Sebelum keluar dari kampung,sempatlah breakfast kat kedai kampung tu dengan mak dan ayah.Topik hangat di kedai kopi pagi tu ialah..banjir..banjir..banjir..Ada sorang makcik ni bercerita,rumahnya juga dilanda banjir "abih tilam ghumah se kono dalam air ujan..lobek botul ujan eh malam tadi.." mcm tulah org nogori bilo dah bercerito..Tapi ada orang Melang tu asyik menggelakkan orang sri menanti atau specifiknya orang mertang.Dia kata rumah saya ni corok(jauh kedalam) sangat,adventure betul perjalanannya kena pakai 4WD.Pastu nak angkat rumah ni letak kat luar sikit supaya senang nanti nak balik kampung...

Selepas sarapan kami pun meneruskan perjalanan dari sri menanti menuju ke destinasi..kenalah melalui jalan Bukit Putus,hujan masih turun walaupun tidaklah lebat. Saya tengok di Bukit Putus banyak tanah runtuh..ada yang agak besar runtuhannya,ada juga yang sederhana dan kecil.Tapi banyak juga di tempat runtuhan tu terdapat pokok tumbang.Kecut juga perut tengok runtuhan yang banyak tempat tu sebab jalan ni memang jarang sangat berlaku tanah runtuh. .(tak sempat nak capture gambar sebab hujan)
Daripada berita yang kami dapat,malam tadinya,jalan jammed teruk disebabkan berlaku tanah runtuh di sini.Kami pun meneruskan perjalanan macam biasa alhamdulilah selamat sampai di rumah.Sebelah petangnya,kami terdengar berita di tv melaporkan berlaku lagi tanah runtuh di bukit putus..agak besar jugalah sebab jalan ditutup terutama pada kenderaan berat.

Apapun harapan kami semua,semoga pihak yg berwajib dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap dan cemerlang serta menitikberatkan soal keselamatan dimasa akan datang.