Tuesday, December 30, 2008

Tahniah..

Semalam ada beberapa gembira yang menggembirakan seisi keluarga yang meraikannya. Dua orang anak saudaraku telah mendapat keputusan cemerlang 9A dan 8A..Tahniah to both of you..Semoga keputusan cemerlang kali ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih bermakna dimasa akan datang...i'm so proud of u both especially Mizah bukan senang nak dapat 9A tu.Anda berdua memang kesayangan dan kebanggaan keluarga dari dulu. Apapun,pesanan dari mak sedara kesayangan korang ni,jangan sesekali terleka kerana perjalanan kita masih jauh.

Keduanya,tahniah buat kakngah Syarifah di Kuantan sebab dapat kenaikan pangkat. Alhamdulillah terbayar sudah segala usaha dan jerih payah selama ini. Harapnya lepas ni akan terus bersemangat dan terus maju..go..go..caiyook!!
Damia dengan Kak Mizah

Tuesday, December 23, 2008

Cuti-cuti Malaysia 2



5 DISEMBER (JUMAAT)
Selesai lunch and lepas solat..kami pun memulakan aktiviti menjelajah sekitar Kota Kinabalu..destinasi pertama pergi muzium sabah..macam bawak student pergi lawatan sambil belajar pulak..destinasi seterusnya,kami ke pantai Tanjung Aru..cantiknya pantai ni..terleka kami dibuai dengan keindahan pantai,tak sedar malam hampir menjelma..pukul 6 di sini dah masuk maghrib..malamnya pula singgah rumah abang daud,kami dijamu dengan nasi beriani..

6 DISEMBER(SABTU)
Bertolak ke Kundasang..masing-masing teruja nak melihat keindahan puncak gunung kinabalu..sebelum ni dah pernah pergi Cuma tak bermalam..perjalanan lbh kurang 2-3 jam ke kundasang..kereta pun tak boleh bawa laju,maklumlah muatan nya blh tahan penuhnya. Kami pergi dengan satu kereta dan satu van pregio. Sesampai disana terus check in di Pine Resort..cantik betul tempat ni,sesekali rasa macam berada diluar negara..sejuk betul,tambah-tambah lagi cuaca hujan ketika tu..

Esoknya lepas subuh,pukul 6 pagi dah sibuk-sibuk dengan sesi fotografi yang berlatarbelakangkan puncak gunung kinabalu..cantik sangat..terpegun kami dengan keindahan puncak gunung kinabalu yang hanya boleh dilihat dalam waktu yang singkat sahaja(anggaran dalam setengah jam) sebelum ditutupi kabus dan awan…pukul 6 pagi di sini memang cantik dan terang..setelah puas berposing dgn bermacam gaya..perut pun mula terasa lapar. Kali ni semua bersarapan di cafe hotel aje..


8 DISEMBER
Panjang juga traveling story ni..baru separuh perjalanan..seterusnya kami meneruskan penjelajahan ke Tuaran selama dua hari..Di sini.kami menginap di Mimpian Jadi Resort dengan pemandangan indah pantai Tuaran. Di sini seronok juga sebab dapat bilik yang begitu selesa,banyak kemudahan nak melakukan aktiviti yang sihat seperti yang anda lihat dalam gambar ni…(sebab tak larat nak story)..kami menginap di sini selama dua malam tapi rasanya macam masih tidak cukup.


Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu,kami sempat singgah di Taman Buaya,dan juga di pantai Karambunai,bermandi manda dan berkayak.

10 DISEMBER
Hari ni seharian kami di Pulau Manukan. Cuma tiketnya nak ke Pulau ni agak mahal.Satu kepala dalam RM20++ dah dicampur dengan bayaran di jeti. Memang cantik pulau ni,pantainya bersih dan jernih airnya.Ikan-ikan yang berwarna warni berenang-renang menghiasi pantai ini,cantik dipandang tapi sukar ditangkap. Indahnya alam ciptaan Allah. Kami bermandi manda sambil membuat aktiviti snorkeling,meneroka alam lautan..


11 DISEMBER
Hari akhir di sini,tiada aktiviti lain.Tentulah bershopping di Pasar Filipino.banyak juga lah kami berbelanja di sini..membeli bermacam-macam souvenir untuk dibawa pulang
6.00 petang kami bertolak pulang menaiki kapal terbang Air Bus Malaysia Airlines System(MAS) dari Taiwan transit di KK. Dalam hati teruja juga dapat juga naik kapal terbang besar ni gara-gara tiket kami ditunda sejam. Kemudahan dan keselesaannya tentulah lebih dari flight domestik.

Alhamdulillah berakhir sudah percutian kami ke Sabah..seronok dan bersyukur tak terhingga..yang paling bermakna dapat berada disamping suami dan anak-anak serta adik beradik yang lain tanpa gangguan kerja..bkn senang nak bercuti panjang macam ni..alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah…

Saturday, December 20, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Macam promosi percutian pulak tajuk entry ni..
Minggu lepas 4hb-11hb termasuk raya haji..kami sekeluarga jalan-jalan makan angin di sabah,negeri di bawah bayu..mmg dibawah bayu betul kami..xsedar seminggu berlalu disebabkan seronok sangat berjalan-jalan….kami pergi 5 beradik yang mana 3 antaranya telah berkeluarga..mak ayah tak pergi sebab ayah sibuk dengan tugasan sbg imam di kg..lebih2 lagi raya haji ni..lagipun mak dgn ayah dah beberapa kali sampai kat negeri bawah bayu ni..jalan pulak macam2 tempat dah..kalah anaknya yg menulis ni…he he..

Kami sampai 4hb tu blh kurang jam 8 pg..pgi naik MAS..seronok naik MAS compare dgn air asia,damia dgn balqis pun dapat mcm2 souvenir.Sesampainya di sana kami check in di Marina Apartment(under promenade),alhamdulillah lega rasanya dapat merehatkan badan…apartmentnya cantik juga,ada 3 bilik,kemudahan pun lengkap..selesa,lengkap dengan peralatan memasak..swimming pool pun ada..


Sesampinya kami kat MARINA kakakku yang dua org tu ajak gi pasar,beli barang basah dan kering nak masak..habisla bau pasar melekat pasni..dah pergi pasar tu tengok2lah brg2 basah kat pasar..bestnye..segar dan murah makanan laut kat sini..mmg terserlah kesegarannya..maklumlah br turun dr laut..terus dijual kat pasar ni..ikan segala jenis ikan,udang,sotong,ketam…

Pastu,apa lagi..dah beli macam2 stok kat pasar..bermulalah sesi masak memasak..master kat dapur ialah kak Imah…rajin betul dia..bertungkus lumus memastikan perut kami semua terisi..me?? Biasalah sibuk dengan puteri ku yg dua org ni…nasib baik juga ada chef-chef lain yang rajin memeriahkan dapur…

Hari ni cuma rehat2,mandi swimming pool,gi window shopping kat centrepoint..itulah aktiviti kami first day sampai kat KK ni..
2 be continued...

Sentiasalah husnuzdzan


Sekadar peringatan buat diriku yang lemah dan muhasabah buat semua..

Knp kita berprasangka??prasangka kalau dirujuk kamus,sudah pasti jawapannya memikirkan yang buruk tentang orang lain.Prasangka datang apabila kita mencari sesuatu untuk diprasangkakan dan kita memikirkannya.Dalam hal lain,apabila kita menuduh orang lain berprasangka,itu juga adalah salah satu prasangka.Jauhilah sikap prasangka.Ini sesuai dengan satu hadith yang berbunyi: “Sesungguhnya Allah mengikuti persangkaan hamba-Nya”. Seorang pakar motivasi juga pernah berkata,seorang isteri yang selalu berprasangka pada suaminya,maka tidak mustahillah prasangkanya menjadi kenyataan.

Oleh itu prasangka dapat dihilangkan dengan cara husnudzon (baik sangka) dalam melakukan persepsi,yang didasari oleh kekuatan iman dan faham akan hikmah yang Allah tetapkan.Sentiasalah bersangka baik..wassalam

Sunday, December 14, 2008

my first entry



salam semua....
saja nak try buat blog...terbuka pulak hati nak terlibat dalam bidang br ni..hopefully aku dapat meluangkan masa utk menukil sesuatu dlm blog ni...insyaAllah...