Tuesday, December 23, 2008

Cuti-cuti Malaysia 2



5 DISEMBER (JUMAAT)
Selesai lunch and lepas solat..kami pun memulakan aktiviti menjelajah sekitar Kota Kinabalu..destinasi pertama pergi muzium sabah..macam bawak student pergi lawatan sambil belajar pulak..destinasi seterusnya,kami ke pantai Tanjung Aru..cantiknya pantai ni..terleka kami dibuai dengan keindahan pantai,tak sedar malam hampir menjelma..pukul 6 di sini dah masuk maghrib..malamnya pula singgah rumah abang daud,kami dijamu dengan nasi beriani..

6 DISEMBER(SABTU)
Bertolak ke Kundasang..masing-masing teruja nak melihat keindahan puncak gunung kinabalu..sebelum ni dah pernah pergi Cuma tak bermalam..perjalanan lbh kurang 2-3 jam ke kundasang..kereta pun tak boleh bawa laju,maklumlah muatan nya blh tahan penuhnya. Kami pergi dengan satu kereta dan satu van pregio. Sesampai disana terus check in di Pine Resort..cantik betul tempat ni,sesekali rasa macam berada diluar negara..sejuk betul,tambah-tambah lagi cuaca hujan ketika tu..

Esoknya lepas subuh,pukul 6 pagi dah sibuk-sibuk dengan sesi fotografi yang berlatarbelakangkan puncak gunung kinabalu..cantik sangat..terpegun kami dengan keindahan puncak gunung kinabalu yang hanya boleh dilihat dalam waktu yang singkat sahaja(anggaran dalam setengah jam) sebelum ditutupi kabus dan awan…pukul 6 pagi di sini memang cantik dan terang..setelah puas berposing dgn bermacam gaya..perut pun mula terasa lapar. Kali ni semua bersarapan di cafe hotel aje..


8 DISEMBER
Panjang juga traveling story ni..baru separuh perjalanan..seterusnya kami meneruskan penjelajahan ke Tuaran selama dua hari..Di sini.kami menginap di Mimpian Jadi Resort dengan pemandangan indah pantai Tuaran. Di sini seronok juga sebab dapat bilik yang begitu selesa,banyak kemudahan nak melakukan aktiviti yang sihat seperti yang anda lihat dalam gambar ni…(sebab tak larat nak story)..kami menginap di sini selama dua malam tapi rasanya macam masih tidak cukup.


Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu,kami sempat singgah di Taman Buaya,dan juga di pantai Karambunai,bermandi manda dan berkayak.

10 DISEMBER
Hari ni seharian kami di Pulau Manukan. Cuma tiketnya nak ke Pulau ni agak mahal.Satu kepala dalam RM20++ dah dicampur dengan bayaran di jeti. Memang cantik pulau ni,pantainya bersih dan jernih airnya.Ikan-ikan yang berwarna warni berenang-renang menghiasi pantai ini,cantik dipandang tapi sukar ditangkap. Indahnya alam ciptaan Allah. Kami bermandi manda sambil membuat aktiviti snorkeling,meneroka alam lautan..


11 DISEMBER
Hari akhir di sini,tiada aktiviti lain.Tentulah bershopping di Pasar Filipino.banyak juga lah kami berbelanja di sini..membeli bermacam-macam souvenir untuk dibawa pulang
6.00 petang kami bertolak pulang menaiki kapal terbang Air Bus Malaysia Airlines System(MAS) dari Taiwan transit di KK. Dalam hati teruja juga dapat juga naik kapal terbang besar ni gara-gara tiket kami ditunda sejam. Kemudahan dan keselesaannya tentulah lebih dari flight domestik.

Alhamdulillah berakhir sudah percutian kami ke Sabah..seronok dan bersyukur tak terhingga..yang paling bermakna dapat berada disamping suami dan anak-anak serta adik beradik yang lain tanpa gangguan kerja..bkn senang nak bercuti panjang macam ni..alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah…

No comments: