Tuesday, August 13, 2013

selamat hari raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga..

Thursday, July 18, 2013

Bersabarlah...

Dedikasi buat.....tuutt.. :-)
Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya
Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang
Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Bersabarlah
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa
Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat
Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...
LIRIK LAGU 'BERSABARLAH'
WARISAN

Indahnya bahasa...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA..
Hari ini sangat berkenan dengan tajuk 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni..
Indah sungguh bahasa jika di gunakan pada tempat yang betul... :-)

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Kalau cakap tidak cermat,
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.


Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.


Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. 

Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah...syukur di pagi hari

Assalamualaikum pembaca budiman...Alhamdulillah syukur masih diberi ruang dan kesempatan untuk bernafas dibumi Allah yang penuh dengan nikmat ini. Sesungguhnya masa amat mencemburui kita..sedar tidak sedar hari ini sudah memasuki 9 Ramadhan 1434 h. Pagi pagi lagi rutin kami sekeluarga sudah penuh, seawal 7 pagi mesti sudah keluar dari rumah. Kalau tidak memang lambatlah tiba ke tempat bertugas dan sekolah anak-anak.

Rutin di bulan Ramadhan..bermula seawal 2 pagi,mesti bangun untuk susukan sikecil dan pam susu untuk bekalan di taska. Setelah selesai barulah memasak nasi untuk dimakan sahur nanti. Jika ada pinggan belum terbasuh,botol dan storage susu yang belum dicuci, masa inilah mengambil kesempatan untuk menyelesaikan apa yang belum selesai kerana di pagi hari pasti tidak sempat untuk menguruskan semuanya. Setelah selesai kembali merehatkan diri dikatil empuk sambil memeluk sikecil yang tidur lena selepas kekenyangan menyusu..alhamdulillah walaupun penat tapi sungguh terasa nikmat sambil merenung si comel Fateh yang kadangkala tersenyum dalam tidurnya.


Pukul 5 pagi, bangun kembali untuk bersahur,mengejutkan  si anak dara dan suami untuk bersahur bersama. Selesai bersahur, sesi pam susu untuk Fateh bagi bekalan taska nanti.. dan terus bersiap,menggosok baju sendiri dan anak-anak dara (Balqis dan Damia) untuk ke sekolah, juga menjadi rutin harian setiap hari bekerja menyiapkan sikecil Fateh untuk ditinggalkan di taska dengan bekalan susu secukupnya dan barang-barang keperluan sikecil. Dengan bantuan Mr. Hubby segala kesibukan pagi hari berjalan lancar..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah walaupun penat terasa juga nikmat...


Seterusnya pukul 7 pagi atau sebelum 7 pagi mesti keluar dari rumah, dropkan Fateh di taska dan meneruskan perjalanan ke sekolah seperti biasa..Hari ini pagi pagi lagi mama dah berceloteh dalam kereta, menasihatkan si anak dara supaya lebih pantas bergerak dan lebih pandai berdikari di sekolah dan di rumah. Mugkin kudrat ini tidak sepantas orang lain dan masa yang berlalu juga begitu pantas sehingga mama tidak mampu melakukan semuanya untuk kalian sayang.... Dulu ketika mama masih bercuti 3 bulan, mama boleh melakukannya semuanya tapi kini..mama juga perlu fokus pada tugas dan tanggungjawab mama sebagai guru, yang berkhidmat untuk negara tercinta...Oleh itu, anak-anak mama juga perlu berdikari supaya dapat lebih cepat dan dan lebih efisien dalam pengurusan masa. Alhamdulillah masih terasa nikmat walaupun penat berceloteh dalam kereta... ;-)

Membebel tu bukan hobi mama, tapi bila dah jadi ibu dan guru automatik, mesti pandai menasihat aka membebel..:-D  baru sampai maksud kepada anak-anak dan anak murid. InsyaAllah jika berkata dari hati, akan sampai maksud kepada orang yang kita inginkan.


Kini di sekolah, mengambil kesempatan yang sedikit ini sebelum kelas sebentar lagi..ingin berkongsi pengalaman dengan antum dan pembaca budiman.. walaupun hakikatnya masih banyak tugas yang perlu dibereskan...lebih lebih lagi dimusim peperiksaan ini, memang banyak kertas soalan menanti untuk diberi markah. Alhamdulillah, syukur di atas nikmatMu ya Allah..semoga diriku terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat kepada keluarga dan negara.. Aminn


Sekian coretan untuk hari ini..sehingga bertemu lagi..dada....

Wednesday, June 12, 2013

Keperluan menyusu..

Kali ni nak cerita sket tentang topik berkaitan breast feeding.. my comel lote son dah nak masuk 3bulan hujung bulan ni alhamdulillah setakat ni masih fully breast feeding..harap harap rezeki Fateh berterusan sehingga dia 1 tahun or kalau kuat more than that..insyaAllah..ya Allah kuatkanlah semangatku..hehe..

Entry ringkas ini sebenarnya khas buat adikku n sesiapa jua yang boleh mengambil manfaat darinya. ok, bagi ibu yang berhasrat untuk fully breast feeding baby,alat bantuan penyusuan adalah penting and perlu ada terutama sekali bagi ibu/ adikku yang berkerja :-). Antara peralatan penting tersebut :

1) Breast pump. Beli ikut kemampuan, tak semestinya pam murah dan pam manual tak boleh fully bf baby..boleh asalkan konsisten..kalau guna yang mahal tapi tak konsisten pam n direct bf pun x berjaya juga kan..insyaAllah dengan semangat yang jitu dan sokongan padu dari en hubby n org2 sekeliling insyaAllah pasti berjaya..(beri semangat untuk diri sendiri juga ni)

2) Botol susu, Warmer..Bila dah pam mesti nak guna botol kan..n bila baby dah kenyang atau tidur susu mesti nak simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan nutrien dan zat yang terkandung dalam susu tersebut. oleh itu dua peralatan ni penting bagi kegunaan tersebut. Botol susu beli yang sesuai macam saya guna avent n baru baru ni ada try tommie tippie tapi rupa rupanya tak muat dengan warmer avent saya. Alhamdulillah baby fateh tak cerewet puting..botol n direct bf tiada masalah. Warmer pula penting untuk memanaskan susu dalam suhu yang sesuai supaya dapat kekal nutrien dalam susu. kalau kita panaskan guna air panas more than 40 darjah celcius menurut kajian, zat dalam susu ibu akan terjejas. Kasihan pada baby minum susu ibu tapi nutrien dah kurang, tapi masih still baik daripada susu formula. Satu lagi elakkan panaskan susu 2 kali sebab yang sama juga..zat akan terjejas malah baby mungkin minum susu macam minum air kosong saja.

3) Sterilizer (for me option sebab kita boleh guna cara tradisional dengan cara steril dalam air panas mendidih). Pensteril ini untuk memudahkan ibu mensteril alat bantuan penyusuan bagi membunuh kuman dan bakteria. Ini kerana perut baby masih sensitif jadi perlukan alat ni untuk memastikan botol dan pam yang kita gunakan keep clean daripada bakteria.

4) Icepack, cooler bag. Penting apabila kita travel untuk mengekalkan suhu dalam susu yang di pam. Kalau lebih dari 4 jam pada suhu bilik maka susu tersebut tidak sesuai lagi diberikan kepada baby.

Rasanya setakat ini dulu,sebab my comel lote son tengah melasak lasak ditilam..berpusing pusing menjelajah tilam,bila terperosok bawah sofa mulalah merengek.. :) InsyaAllah jika ada tambahan akan di update kemudian. Jadi kesimpulannya, bagi ibu menyusu tu buatlah keputusan dengan baik.Jangan terlalu spend money pada pam sahaja lebih baik gunakan untuk alat bantuan penyusuan yang lain. Jika ada lebihan peruntukan tiada masalah kalau nak beli yang mahal. (Ikutkan hati nak freestyle brand medela) hehe.. till then ilal liqo...

salam kembali :-)

Assalamualaikum..pembuka kata pemula bicara..

Sudah sekian lama tidak menulis dalam arena blogging,tiba-tiba hari ni hati rasa tergerak nak menghidupkan kembali blog yang ibaratnya hidup segan mati tak mahu ni.. :)
Lebih 5 tahun berlalu sejak blog ini diwujudkan macam macam perkara dan perkembangan yang berlaku...suka,duka..air mata gembira dan air mata duka bersilih ganti mengiringi perjalanan hidup. Namun Alhamdulillah nikmat yang dikurniakan Allah akan terus kusyukuri walau ujian dan badai melanda, semuanya ku terima penuh redha. 

Rasa kekok pula nak kembali mengexplorasi dunia blogging ni..walaupun idea nak menulis mencurah curah tapi jari jemari rasa keras nak mengupdate kembali blog ni..klik sana,klik sini untuk mencari setting, mengubah layout,nak publish blog pun tercari cari button yang betul. Alhamdulillah cepat 'pick up' dan boleh menghadam kembali ilmu dan tatacara berblogging..hehe..

oklah,,nanti sambung kembali..selamat meneruskan rutin sebagai surirumah sepenuh masa (status sementara untuk diriku) sebelum menempuh kembali alam kerjaya sebagai seorang guru.. till then..ilal liqo... :D