Sunday, October 4, 2009

Nak update le ni..

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog yang dihormati...
Lama betul tak update blog ni..keinginan nak update tu memang ada cuma kesibukan sepanjang ramadhan dan syawal ni membantutkan mood untuk mencoret sepatah dua kata dalam blog ini. Sejak sebulan yang lepas juga dan mula join facebook,ramai juga kawan dan sahabat seperjuangan yang men join facebook tu ghupanya...alhamdulillah dapat jugalah mengetahui kembali khabar dari sahabat yang telah lama terpisah.

Apa yang saya sibukkan beberapa bulan kebelakangan ni? Sebenarnya saya tengah meningkatkan kemahiran diri dengan mengasah hobi lama. InsyaAllah saya akan post kan dalam blog ni hasilnya nanti...

Di bulan syawal yang penuh keceriaan ini,ada juga beberapa undangan open house yang sempat saya penuhi. Ini pun baru balik dari open house Adilah,teman lama di UM.Terima kasih anjang,nanti berbalas kunjungan ye..
Kami juga ingin memohon maaf sebab ada juga undangan yang kami tak berkesempatan untuk datang. Maaf banyak-banyak..Buat kami pula,kemungkinan besar tahun ni tak buat open house,sebab tahun lepas dah buat,penatnya belum habis lagi..hehe..insyaAllah tahun akan datang baru buat lagi..tapi kami menjemput dan mengalu-alukan sesiapa saja yang nak datang jalan raya dan menziarah bila-bila masa je tapi kena call dululah,takut tak ada dirumah pula...jemputlah yer..

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga...

Thursday, August 20, 2009

Tawaran hebat hanya di ramadhan!

Assalamualaikum semua..
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua pembaca dan kepada semua kaum muslimin.
Semoga kita sama-sama mengambil peluang memanfaatkan Ramadhan kali ini ini untuk memperoleh rahmat dan keampunan Allah swt.
SELAMAT BERPUASA

Sunday, August 16, 2009

Dua beradik

Lama tak cerita tentang dua beradik ni.. kalau cerita mereka memang macam-macam,maklumlah anak-anak tengah membesar,macam-macam perkembangan mereka yang mencuit hati.
Dua beradik ni memang rapat dan tak boleh dipisahkan lama-lama. Kalau salah seorangnya tak ada,memang tak senang duduklah kakak atau adik. Tapi kalau main bersama tu, kadang-kadang bergaduh juga.
(Balqis, di kompleks 3c, Subang Jaya..)

Cerita tentang Balqis, sekarang ni usia dia mencecah 3 tahun 8 bulan, antara perkembangan Balqis..
- Sudah boleh kenal huruf ABC- Sekarang tengah mengajar dia mengeja sukukata yang senang
- Iqra' 1 baru kenal sampai za(zal baris atas),
- dah hafal beberapa doa
- Tengah belajar melukis bentuk dan huruf
- Kenal angka hingga nombor puluh,
dan boleh mengira dengan baik,

- Dia juga pandai menyusun ayat dengan baik dalam percakapan seharian.Agaknya mungkin pengaruh kartun yang selalu dia tonton. Boleh dikatakan channel kartun disney channel,playhouse disney dari 612-616,semua dia layan. Kalau di Astro Ceria cuma satu je, Jim Jam & Sunny...
- Contoh perkataan yang dia gunakan..
sementara,kerana,menyiasat,misteri,kejutan,baiklah,sesuatu,semakin,sesuai..
lebih-lebih lagi dia cakap memang jelas dan fasih. harapnya pandaila nanti berpidato macam babanya.. :-)
-Satu lagi,Balqis semakin rajin tolong mama kat dapur..Rajin sangat-sangat

Damia, dah setahun 2bulan
Damia di taman KLCC

-Tumbuh gigi dah nak masuk 6 batang

-Kalau orang tanya,suka sangat geleng kepala,kalau nak pun geleng,tak nak pun geleng
-Makan boleh tahan seleranya
-Suka merajuk kalau tak bagi makan apa yang dia nak
-Suka ikut dan kacau mama solat
-Tak takut orang
-Suka ikut orang berjalan,kalau nampak orang bertudung, nak ikut je..
-Dah pandai panggil mama,baba,kakak, dan respons pada orang cakap,cakap dalam bahasa dialah..

Saturday, August 15, 2009

Hantu? oh tidak...

Macammana cikgu nak bagi markah ni...??

Friday, August 14, 2009

kisah orang yang ujub

Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.

Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.”

Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”

WalLahua’lam.

Tuesday, July 21, 2009

Monolog hati..

Menilai monolog hati seorang yang bergelar hamba-Nya.

Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia : Nak makan, laparlah ??
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan membaca Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahla... baca baca dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa? .makan aje le..
Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!pakai yang terbuka tu..
Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan : Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia : Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.jap lagi leeee
Manusia : Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa....
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan : Perggghh.... . best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..memang rugi tauuu..
Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? diaaa..
Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah²... pandai2lah?
Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempat la)
Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
Manusia : Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu....
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...

Manusia yang bijak akan menilai dengan akal bukan dengan hawa nafsunya. Pilihlah sesuatu yang tepat dan betul untuk kebaikan. Pilihan ada di tangan kita,manusia,makhluk dan hamba-Nya.

Thursday, July 16, 2009

Petua nak khusyuk solat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup,dan untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya.
5. Melakukan rukun solat secara tertib. Berusaha menumpu sepenuh perhatian dan menyedarkan diri bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Solat dengan menghadirkan hati, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
7. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
8. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
9. Mengambil wuduk dengan sempurna.
10. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
11. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
12. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Solat juga merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat.Firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Moga kita sama-sama dapat manfaat..
Jumpa lagi..

Diedit dari http://www.angelfire.com/

Tuesday, July 14, 2009

laksa oh laksa

Happynye hari ni sebab dapat makan laksa setelah sekian lama teringin nak makan...hari ni buat laksa utara..walaupun kekurangan bahan, alhamdulillah sedap je ditekak saya ni...hubby pun suka sangat.. Saya ni memasak sempoi aje gitu,tak cukup bahan pun tak apa,asal sedap ditekak kami ni...Yang penting bahan asas mestilah cukup..

FYI,saya ni memang peminat laksa, tapi tak nak makan buatan sendiri.. bukan apa,hari-hari memasak,kadangkala teringin juga nak makan masakan orang lain. Masalahnya,bila beli pulak asyik tak kena ditekak,nak tunggu laksa Chef Bg Chik perlis(Abang ipar) entah bila-bilalah dapat..tapi laksa dia memang sodaplah...akhirnya bila dah teringin sangat buat jugalah sendiri,dapat makan dengan puas...Alhamdulillah..

Mudah je kalau bagi anda peminat laksa nak buat, sebenarnya saya masak memang tak ada sukatan yang specific, campak-campak je..hehe..jadi agak-agaklah sukatannya nanti ye...bahan-bahan asasnya cuma ikan kembung(ikan lain,sardin atau tuna pun boleh),cili kering,bawang besar,bunga kantan,daun kesum,asam keping, sedikit belacan dan garam secukup rasa untuk kuah.

Blend cili kering,bawang besar dan belacan. Ikan direbus(air jangan buang,guna untuk kuah) ambil isi ikan dan blend, masukkan dalam periuk bersama dengan bahan blend,dan lebur je semua dengan bahan lain sehingga mendidih. Asam keping masuk kemudian,nanti masam sangat. Rasakan garam dan asam,dah siap kuahnya..

Celur atau rebus mee laksa,dan sediakan bahan ulamnya(terpulang ikut selera nak ulam dengan apa) contoh timun, salad,bawang besar,daun selom,cili api,cili besar atau nenas. Jangan lupa telur rebus. Kalau rajin bolehla cuba resepi simple ni,atau mungkin anda ada resepi lain yang lebih sedap,terpulang pada selera masing-masing. :-)

Apapun happy cooking,jumpa lagi....

Monday, July 13, 2009

Rahsia Allah

ALIHKAN pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak menambah keimanan kita atau hendak menguji sekuat mana iman kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam melayari bahtera kehidupan.

Jumpa lagi...

Sunday, July 12, 2009

Sayangi jantung anda...

Bila tibanya saat itu...
Subhanallah
Lihatlah...
Bagaimana Allah menciptakan jantung dengan
ritma detak yang teratur...
Bayangkan !
Jika detak itu akhirnya berhenti ,
dan segala kenikmatan itu pun berlalu, dan
segala janji-Nya adalah pasti..

Saturday, July 11, 2009

Dedikasi

Kawan-kawan saya seperjuangan di 3rd dulu,rindu betul dengan kalian. Bila belek-belek album gambar masa belajar dulu,maka terimbaslah kembali kenangan-kenangan bersama masa di kolej 3..seronok bila mendengar ramai diantaranya yang berjaya dan bahagia dengan kehidupan masing-masing..alhamdulillah..namun ada juga khabar yang tak seronoknya iaitu berita tentang ISA 7 yang melibatkan adik Khairul Amal,rasanya kes masih dalam rayuan.. semoga Amal tabah selalu..

Monday, June 22, 2009

Positif...positif..positif...

Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.



Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung.

Pada hari ini, mengikut tanggapan ramai orang, susah nak cari orang yang hatinya cukup baik.Pada saya, sebab itu jugalah, sebab tak ramai orang baiklah yang menjadi penyebab mengapa ribuan orang jatuh kepada kategori pemikiran negatif yang menyebabkan mereka bergelumang dengan seribuh satu situasi negatif.

Kesannya, situasi negatif itu pula mengheret mereka kepada pelbagai permasalahan, misalnya masalah kekeluargaan, masalah dalam pelajaran, masalah emosi, masalah perhubungan cinta hinggalah kepada masalah kewangan - sumber rezeki bagaikan terhalang dan bagaikan kekal terhalang.Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri.


Tak semua kita boleh menjadi Bill Gates, tapi kita boleh tiru stail kejayaan Bill Gates, cara kerja bill Gates supaya kita boleh mencapai kejyaan macam Bill Gates. Kita boleh jadikan Bill Gates sebagai contoh ikutan, tapi tak semestinya jalan kejayaan yang akan kita lalui sebijik macam Bill Gates.Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar ‘kejar’ tahap mereka.

sumber :
http://iluvislam.com

Bertemu kembali...
Lamanya tak update blog..rasanya lebih sebulan tak menulis post yang baru..terima kasih juga pada pengunjung blog yang sudi menziarah walaupun blog ni dah berhabuk,bersawang sebab lama tak di update...







Dikesempatan ini juga saya nak wish Selamat Hari bapa kepada semua pembaca yang bergelar bapa..hepi father's day...



InsyaAllah..nti kita cerita lagi...

Sunday, May 17, 2009

Untuk guru

Sajak adalah sebahagian daripada karya penyair buta, J.M.Aziz.


Saturday, May 9, 2009

Ibu..tiket ke syurga

Seorang lelaki dilihat menangis teresak-esak berhampiran sebuah pusat mandi awam apabila dia tidak dibenarkan masuk kerana tidak memiliki tiket.Simpati kepada lelaki itu, beberapa orang yang lalu lalang menawarkan wang kepadanya supaya dia boleh membeli tiket. Namun, lelaki itu berkata, dia menangis bukan kerana tiada wang untuk membeli tiket.Sebaliknya dia menangis kerana insaf.

Katanya, jika untuk masuk ke tempat mandi di dunia pun perlukan tiket, apatah lagi jika kita ingin masuk ke syurga Allah di akhirat kelak. Pastinya, ada syarat yang perlu kita patuhi sebagai tiket untuk masuk.Persoalannya, sedarkah kita bahawa satu tiket untuk kita masuk ke syurga sebenarnya berada pada ibu kita? Apabila Rasulullah SAW bersabda syurga di bawah tapak kaki ibu, ia bermaksud kita dengan mudah boleh masuk ke syurga jika patuh pada ibu.Sebaliknya jika kita ingkar atau derhaka pada ibu, kita mungkin terlepas peluang untuk memiliki tiket itu.

Justeru kepada semua pembaca, jika pemegang tiket untuk anda ke syurga itu masih hidup, berbuat baiklah kepadanya untuk memastikan anda memiliki tiket ke syurga sebelum anda terlepas peluang memilikinya apabila mereka meninggal dunia.

Selamat Hari Ibu buat bonda yang tersayang, Rohani Hj Manaf, juga buat bonda mertua tercinta Khamisah Meno..Terima kasih pada mak dan mama diatas segalanya-segalanya,pengorbanan kalian yang tulus lagi sejati tak mampu kami balas di dunia ini...Kami akan selalu menyayangimu..Buat semua pembaca yang bergelar ibu..Selamat Hari Ibu...

Wednesday, May 6, 2009

Menarik hari ini....

Persidangan Dun Perak yang kecoh.
Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - yang sedang berlangsung ketika ini sangat panas dan kecoh. Pemimpin dari dua belah pihak bertikam lidah. Bemula dari semalam,ada pimpinan yang ditangkap polis,begitu juga hari ini,malah dijangka bertambah lagi pemimpin dan penyokong PR yang ditangkap gara-gara kekocohan ini. Kedua-dua pihak masih berdegil dan tidak mahu berganjak. Inilah akibatnya dari rampasan kuasa yang tidak direstui malah dipersoalkan pula dari sudut undang-undang.
Berita lanjut boleh dibaca dari http://www.malaysiakini.com , http://www.bharian.com.my

Peragut menjadi pembunuh
Akhir-akhir ini ,jenayah ragut semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Setiap hari ada saja berita mengenai ragut yang mana rata-rata mangsanya terdiri daripada wanita. Apa yang lebih membimbangkan,penjenayah ragut ini sanggup berbuat apa saja sehingga hilang perikemanusiaan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa,trauma kepada mangsa dan seluruh ahli keluarganya.

Hari ini ada lagi berita kejadian ragut yang menyayat hati yang berlaku di Kota Bharu,Kelantan. Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia kelmarin setelah koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu.
baca kat sini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20090506232944/Article/index_html

Virus H1N1 menular di Eropah
Ini pula cerita pasal selsema babi atau dikenali dengan nama virus H1N1 ni...





SEORANG penduduk Mexico memakai topeng bertulis 'influenza proxima' bermaksud 'selesema seterusnya' berkumpul di depan pejabat Setiausaha Kementerian Kesihatan Mexico City semalam, menuduh kerajaan menyembunyikan masalah lebih besar.

Peningkatan kes di Itali, Britain, Sepanyol, Jerman dan PerancisGENEVA: Virus influenza A (H1N1) terus tersebar di Eropah apabila makmal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan lebih banyak jangkitan di Britain, Sepanyol, Itali dan Jerman, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, semalam. Dalam kiraan terbarunya, 27 lagi kes disahkan di Britain berbanding angka sebelumnya 18 kes manakala Sepanyol dan Itali masing-masing mempunyai tambahan tiga lagi kes dan Jerman tambahan satu kes.
Baca di sini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090506225521/Article/index_html

Monday, May 4, 2009

Segala puji bagiMu Allah

Betapa Kesempatan itu masih DIA beri...
Pagi ini kita kembali terjaga. Kembali menghirup segarnya udara kehidupan. Dia masih memberikan kita kesempatan untuk kembali berjumpa dengan orang-orang yang kita cintai. Berjumpa dengan manisnya senyuman si kecil, dan segala yang selalu membuatkan degupan jantung kerinduan kita berdetak begitu kencangnya.
Dengan RahmatNya, Dia masih memberi kita kesempatan. Kesempatan untuk melihat sejenak ke belakang. Untuk melihat segala kekurangan dan senantiasa perlu untuk terus memperbaiki.
Mungkin kelmarin mata ini tidak terjaga. Begitu pula lidah, fikiran dan juga hati. Banyak gerak yang ternyata masih jauh dari nilai yang bererti. Meskipun begitu, kini Dia masih menganugerahkan kita hari baru untuk kembali.
Ya Robbiy…
Betapa sudah selayaknya kami menjawab kasih sayang~Mu dengan perbuatan terpuji..

Wednesday, April 29, 2009

Jalan-jalan cari makan..

Bertemu kembali setelah lama menyepi.. :-D

Minggu lepas ada orang tu teringin sangat nak makan western food dan mengajak saya menemankan dia makan. Saya apalagi..pantang dipelawa...kali ni anak-anak tak ikut sama,kami pergi dinner berdua aje..Lebih santai dan rileks keluar tanpa anak-anak ni.

Kami pergi makan di Keramat AU3. Nama kedai ni Arima Classic Steak House.Dah lama tak makan kat sini. Western food kat sini memang best,special dan yang penting,harganya tak mahal. Perjalanan dari USJ ke Keramat ambil masa dalam 45 minit.(kalau jalan tak sibuk setengah jam je dah sampai..)Perjalanan yang singkat menjadi lama sebab kami melewati bandar K.Lumpur,menikmati pemandangan indah kotaraya yang sibuk ni pada waktu malam. Alhamdulillah,perjalanan lancar...sungguh damai rasanya kalau disiang hari pun jalan tak sibuk begini.




Ni namanya Stufted Chicken Breast..di grilled dan di tengahnya di belah,letak sayur blend..rasanya macam brokoli kot..kuahnya pulak guna mushroom sauce...rasanya sedap sangat,abang suka betul makan menu ni.....


Saya pulak order Chicken Chunky...sepatutnya kuahnya guna BBQ sos(cantik dengan kuah warna merah)tapi saya minta tukar dengan black pepper. Rasanya pun sedap...semua sodap kat sini..kelasss gitu

Satu lagi,kami order Nasi Goreng Thai..tapi tak sempat nak ambil gambar,dah habis kena makan...

Kali kedua kami pergi (malam kelmarin) nak jemput mak kat rumah abang tapi tak ada orang kat rumah..sementara tunggu diorang balik,makan dulu kebetulan dekat dengan area ni..so makan lah lagi Stuffed Chicken Breast dengan Chicken Classic.



Chicken Classic ni di potong 3 keping dan di grilled, antara kepingan daging tu pulak,diletak cendawan black pepper...sosnya pun guna black pepper sauce..sedap dan kenyang betul makannya..harganya RM13 je..

Air yang special kat sini ialah air laicikang..yummy,memang sedap..tapi kami jarang minum ais kalau malam-malam,minum minuman panas yang segar lagi menyihatkan aje...

Alhamdulillah,seronok jugak sesekali makan di luar...sesekali boleh ler,jgn amalkan selalu... :-))

Thursday, April 9, 2009

Cinta.......

Cinta Adalah Api
Api, bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.Namun bila diletak bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan...Demikian juga Cinta..

Letakkanlah ia pada tempat yang sepatutnya agar cinta yang suci itu menerangi jiwa dan kehidupan kita,selamanya...

Carilah cinta yang paling hakiki dan paling suci antara semua cinta...


Cinta Menafikan Jarak..

Perasaan cinta akan menafikan jarak yang engkau anggap jauh sekalipun. Sedangkan perasaan benci akan menafikan sedekat apapun jarak yang ada antara dirimu dengan apapun.
* * *


Tuesday, April 7, 2009

Akhirnya..

Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya.
Akhirnya,debaran terjawab..keputusannya telah pun diketahui..
Saya bukanlah nak menganalisis keputusan pilihanraya kecil kali ni,tapi berminat nak tahu keputusannya memandangkan keadaan politik negara sekarang. Perubahan pucuk pimpinan..krisis di Perak dan macam-macam kontroversi yang melanda pemimpin negara sekarang ni. Nampaknya pihak yang kalah kena 'baca'lah keputusan kali ni.

p/s : Mlm ni tak dapat tukar channel tv sebab ada org kongker astro awani..

My 2 little princess


Balqis yang ceria...

Damia,close up..sebenarnya susah nak ambil gambar dia yg ok,sebab bila nampak kamera je,dia selalu muncungkan muka.

Kronologi Balqis merajuk dengan Damia. Mula-mula sayang dan peluk adik, then adik buat kakak..lastly,kakak merajuk dengan adik...


Balqis dengan Damia kat taman..

Kat taman lagi...

Hobi baru,memanjat tangga dan mengacau kakak belajar..


Pandainya 'makcik' ni mandikan anak...hehe


Damia dah tak sabar nak minum dalam cawan...


Yang ini pulak wallpaper dalam telefon saya...

Saturday, April 4, 2009

Streamyx,bb or WiMax

Line Streamyx bermasalah lagi buat sekian kalinya. Minggu ni,kadang-kadang sepanjang satu hari tak boleh buat connection. Kadang-kadang bila lewat petang,barulah dapat line,itupun slow dan masih ada gangguan 'disconnected'. Geramnya tak dapat guna bila diperlukan!! Saya cuba buka internet waktu malam,barulah ok sikit walaupun masih ada gangguan. Kenapa jadi macam ni agaknya ye? TM tak buat sesuatu ke padahal bil dibayar setiap bulan,tapi perkhidmatan tak dapat sebagaimana yang diharapkan.
Sekarang ni guna Celcom broadband sebagai back up,walaupun tak selaju streamyx tapi masih ok jugalah sebab tak banyak gangguan. Dulu cuma 3G,sekarang 3.5G, nak upgrade lagi 3.9G..pendekkata, perkhidmatan broadband semakin baik dan laju cuma masalahnya.. broadband boleh guna satu pc aje,tak boleh kongsi berdua...Hubby kata nak try WiMax,dengarnya line ok dan laju tapi jauh lebih mahal dan ada penggunaannya terhad,tak sesuai dengan penggunaan kami. Nak dapat pakej yang unlimited macam streamyx ni,berganda-ganda harganya. So,macammana ni :-(

Tuesday, March 31, 2009

Kenapa tak boleh sambut April fool

April fool? budaya ini tidaklah seglamour valentine tapi bagi umat Islam yang mengamalkan budaya ini ia boleh merosakkan akidah.. Berikut ada sedikit fakta sejarah yang telah dipetik dari seorang penghantar e-mail berkenaan budaya ini.

Tahukah anda April Fool’s Day ini, mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. April fool's day celebration's in the north beach neighborhood - san francisco, california

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Rujukan : Risalah FikrahPeliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu …..rawahuttirmizi

'Climate change'

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Kesan pemanasan global di Malaysia
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif
Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

Sumber : wikipedia.org

Sunday, March 22, 2009

Buah melaka

Hari ni buat kuih buah melaka, kuih tradisonal yang paling senang dan kegemaran my hubby. Tadi buat kuih ni dengan Balqis,kemain seronok dia mengentel tepung(dia punya saya tak masuk dalam periuk la).Bila dah masak suruh gigit sikit pun dia tak mahu.

Dulu masa kecil-kecil mak rajin buat kuih ni tapi masa mak buat,tak minat pun nak makan. Lepas kawin suami pulak suka makan kuih ni,jadi saya terikutlah makan sekali. Dia makan makan kuih ni macam makan kacang je!Seronoknya tengok...Di kampung saya,orang panggil kuih ni kuih kelepung,agaknya sebab bila dah masak ia terapung,sebab tu namanya kelepung...hehe

Macam-macam cerita..

Dah lebih dua minggu tak menjenguk blog ni. Kebetulan pula cuti sekolah baru berakhir hari ini.Selalunya minggu cuti sekolah memang bizi dengan bermacam-macam event yang tak terancang. Ada bermacam-macam sebab dan cerita yang berlaku sepanjang 2 minggu ini.

Pertamanya, minggu lepas saya ada appointment gigi untuk rawatan susulan.Lepas jumpa doktor,dua hari selepas tu gigi sakit pula. Bila dah sakit gigi manalah ada mood nak mengadap komputer,menulis blog,berchatting dan sebagainya. Sakitnya pula berlarutan hingga hari ni,cumanya sakitnya sekejab ada dan sekejab tak ada. Tapi bila dah sakit aduhai..tak boleh tidur malam dibuatnya. Rasanya macam nak pergi lagi jumpa doktor,tapi rasa macam malaslah pulak sebab next appoinment 24 hb ni. Saya rasa nak tunggu ajelah tarikh tu,tak adalah ganggu sesi rawatan orang.

Dulu-dulu bila sebut doktor gigi memang takut.takut kena cabut,tampal dsbgnya. tapi sekarang rasa tak sabar pulak nak jumpa doktor.Ops,bukannya sebab doktor tu handsome tapi sebab dah ada kesedaran pentingnya menjaga gigi. Kalau gigi sakit,susah nak makan,susah nak buat kerja..pendekkata serba tak kena kehidupan seharian kita kalau sakit gigi. Doktor yang merawat gigi saya tu,seorang yang teliti dan lembut semasa membuat rawatan. Mungkin itu untungnya membuat rawatan gigi di klinik swasta,cuma kita kena bayar ajelah kos perkhidmatan yang tak kurang mahalnya tu.















Cerita kedua pula,seminggu dua ni internet di rumah saya problem. Nak publishkan post ni pun berapa kali tak berjaya..kejab-kejab ter disconnect..selalunya bila dah macam tu, malas saya nak melayan karenah streamyx ni,dan terus tutup labtop. Celcom Broadband juga sama buat hal,yang geramnya bila hujan aje memang internet di sini bermasalah. Dah berapa kali report tapi masih macam tu juga. Dahla moderm broadband yang comey tu rosak,nasib baik masih under warranty. Itu semualah yang jadi punca saya malas nak meng surf internet waktu-waktu macam ni,banyak sangat gangguannya.

Internet buat hal,labtop cik hubby juga sama..tiba-tiba tak boleh on. Kena pula hari minggu,service centre di USJ pun tutup. Nak tak nak terpaksalah ke plaza Lowyat di Bukit Bintang yang sibuk dengan manusia tu,setelah dicheck rupa-rupanya motherboard rosak,nak baiki kena anggaran kos tak kurang RM1k. Poning kepala abang,akhirnya kami setuju beli cpu baru,untuk gantikan labtop buat sebab nak baiki ambil masa 1 bulan. Labtop lama pula kami ambil semula nak hantar baiki di pusat perkhidmatan ACER di USJ. Rasanya kos baikinya taklah setinggi di Lowyat.

Dalam kesibukan dan kekalutan,ada juga berita gembira,saya dapat anak saudara baru..kakak saya bersalin anak yang ketiga tapi saya pula yang sibuk. Sibuk ke sana ke mari,cari comforter baby,siapkan barut dan ambil sekali mak dan ayah dari kampung. Sebenarnya kakak saya ni dah lama rehat dari pregnancy,anak yang kedua dah berumur 6 tahun.Sakit nak bersalin pun dah lupa katanya. Lepas tu barang-barang anaknya semasa baby semua dah tak ada,entah ke mana menghilang.

Cuti-cuti sekolah ni juga mak ayah,kakak abang dan anak saudara pun datang,ada yang bermalam,tumpang buat assingment dsbgnya. Bila dah ramai-ramai memang seronok tapi lepas tu..penatlah mengemas. Kadang-kadang geleng kepala juga juga tengok anak-anak kecil merosakkan barang..aduyai,poning kepalo...

Macam-macam story yang saya muatkan kali ni..macam rojak pulak,macam-macam ada....tak apalah kan,yang penting tetap happy gitu ^_^

Thursday, March 5, 2009

Cebisan Kenangan

Cebisan Kenangan-Amar
Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi...

Cerita kakak

Mama : Kakak,panggilkan baba kat atas,mama ajak makan.
(Balqis pun naik ke atas,selang beberapa minit,turun semula)
Bibik : Kakak dah panggil baba dah?
Balqis : Dah
Bibik : Lalu?(maksudnya,lepas tu baba cakap apa)
Balqis : Lalu kat situ la..kat tangga tu
Kakak blur aje bila semua orang ketawakan dia...
Mama : Pandai anak mama...













Balqis tengah sibuk membaca buku cerita arnab dengan kura-kura. Leka betul dia menelek gambar dalam buku tu.
Bibik : kakak baca buku apa tu?
Balqis : Buku ni,ada cerita..gambar-gambar
Bibik : kakak,ni kira-kiranya gambar apa ya?
Balqis : Kira-kira satu,dua,tiga....(mengira sampai sepuluh,dalam bahasa baku pulak tu..)
Sekali lagi,pertembungan bahasa....
Lepas ni tak tahulah perkataan apa lagi yang berbeza makna antara dua warga berlainan negara ni...

Ni ada satu lagi cerita lucu,kisah benar yang diceritakan oleh kawan saya...
Sepasukan anggota polis membuat serbuan pada satu kumpulan pendatang tanpa izin. Bertempiaranlah lari kumpulan pendatang ni. Seorang tu tak sempat lari dan dicekup oleh anggota polis...dia merayu "pak,tolong saya pak,saya orang malaysia..jangan tangkap saya pak.."dalam loghat indonesia. Tergelak besar la orang yang melihat kejadian tu.

Wednesday, March 4, 2009

D.I.Y

tada..ni lah hasilnya barut baby yg dibuat sendiri...khas buat incoming baby...


Ini pulak utk mama baby

Tuesday, March 3, 2009

Banjir & tanah runtuh

Pemandangan Kuala Lumpur pada 03/03/09



Sekarang ni adalah musim hujan bagi kawasan malaysia barat. Banyak juga kawasan yang dilanda banjir walaupun tak teruk tapi ternyata ianya menyukarkan sesiapa yang mengalaminya.Kuala Lumpur juga semalam dilanda banjir,banyak juga kenderaan dan orang yang terperangkap. Kenderaan yang terendam dalam banjir tu macammanalah agaknya ya.Masa nilah pentingnya float cover untuk insurans kenderaan yang jarang-jarang diambil orang.Kalau tak ada float cover tu tak bolehlah claim insurans..

Baru-baru ni waktu saya pulang dari kampung,kebetulan hujan amatlah lebat dan panjang. Di kampung saya ni memang banyak sungai dan untuk sampai ke rumah saya terpaksa melalui beberapa jambatan.Sebenarnya ada dua jalan nak masuk ke rumah saya ni,tapi kedua-dua jalan ni terpaksa melalui jambatan.
  • Jalan pertama(short cut) satu aje jambatannya tapi tenggelam dek air sungai,tak berani lah nak lalu,buatnya mati enjin dalam air kang..ha sapo nak nolong...
  • Laluan kedua pula kena melalui..4 eh 5 jambatan(tak sure la pulak..) jambatan awal semua boleh dilalui walaupun air dah naik hingga ke paras jambatan..tapi sampai ke jambatan akhir tak lepas pulak sebab airnya naik sampai melimpah ke jalan sebab jalannya yang agak rendah.Kecut perut melihat air sungai yang deras,terbayang macammanalah banjir teruk yang berlaku di pantai timur dan beberapa kawasan lain di Malaysia. Tak mustahillah ada yang menjadi korban jika dilihat keadaan air yang deras macam tu.

Kami terperangkap dalam kampung tak boleh keluar! Menyesal pula rasanya tak keluar lebih awal,tapi manalah tahu banjir akan berlaku dibeberapa kawasan di kampung ni sebab sebelum ni(sepanjang pengetahuan saya) belum pernah berlaku banjir. Nasib baik rumah-rumah penduduk sini banyak di tanah-tanah tinggi..tapi bekas kawasan-kawasan sawah padi dahulu kala semuanya ditenggelami air. Kami pun berpatah balik semula ke rumah menunggu hujan reda dan air agak surut. Mak dan ayah terkejut sebab kami muncul lagi. Anak saya Balqis yang banyak mulut ni sibuk menanya.."mama,tadi kita keluar tipu-tipu ye mama..."bila sampai rumah pula dia terus cakap dengan atuk yang baru sudah solat "Atuk,air sungai tu penuh..tak boleh lalu"

Pagi besoknya seawal 7.30 pagi kami bertolak nak pulang ke Subang. Sebelum keluar dari kampung,sempatlah breakfast kat kedai kampung tu dengan mak dan ayah.Topik hangat di kedai kopi pagi tu ialah..banjir..banjir..banjir..Ada sorang makcik ni bercerita,rumahnya juga dilanda banjir "abih tilam ghumah se kono dalam air ujan..lobek botul ujan eh malam tadi.." mcm tulah org nogori bilo dah bercerito..Tapi ada orang Melang tu asyik menggelakkan orang sri menanti atau specifiknya orang mertang.Dia kata rumah saya ni corok(jauh kedalam) sangat,adventure betul perjalanannya kena pakai 4WD.Pastu nak angkat rumah ni letak kat luar sikit supaya senang nanti nak balik kampung...

Selepas sarapan kami pun meneruskan perjalanan dari sri menanti menuju ke destinasi..kenalah melalui jalan Bukit Putus,hujan masih turun walaupun tidaklah lebat. Saya tengok di Bukit Putus banyak tanah runtuh..ada yang agak besar runtuhannya,ada juga yang sederhana dan kecil.Tapi banyak juga di tempat runtuhan tu terdapat pokok tumbang.Kecut juga perut tengok runtuhan yang banyak tempat tu sebab jalan ni memang jarang sangat berlaku tanah runtuh. .(tak sempat nak capture gambar sebab hujan)
Daripada berita yang kami dapat,malam tadinya,jalan jammed teruk disebabkan berlaku tanah runtuh di sini.Kami pun meneruskan perjalanan macam biasa alhamdulilah selamat sampai di rumah.Sebelah petangnya,kami terdengar berita di tv melaporkan berlaku lagi tanah runtuh di bukit putus..agak besar jugalah sebab jalan ditutup terutama pada kenderaan berat.

Apapun harapan kami semua,semoga pihak yg berwajib dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap dan cemerlang serta menitikberatkan soal keselamatan dimasa akan datang.

Tuesday, February 24, 2009

cerita lama

20/02/09 lepas ulangtahun perkahwinan kami yang keempat. Tak adalah special mana sambutannya sebab jatuhnya pun hari kerja,kami cuma jalan-jalan sekitar KL,shopping-shopping pastu makan2 di UM. Sebut pasal UM,dah lama dah tak menjejakkan kaki ke Uni perdana ni yang satu ketika dulu menjadi tempat saya menimba ilmu. Tidak banyak yang berbeza..semuanya masih mengingatkan saya pada kenangan semasa menuntut dulu. Cadangnya nak makan nasi air di kolej Ibn sina,tapi tengok-tengok tutup pula. Last-last gi makan kat 3rd..kolej kediaman ketiga Tuanku Kursiah yang dirindui..terubatnya rindu tatkala menjejakkan kaki di 3rd ni..Saya memang banyak kenangan pahit manis di sini..maklumlah lebih 3 tahun di kolej ni tentulah banyak memori yang susah nak lupa.

Disebabkan bulan ni masih dalam mood aniversary,saya nak imbas kembali kronologi perkenalan kami secara ringkas,nak cerita panjang nti boring pulak orang membacanya kan..sebenarnnya cerita-cerita lama ni sangat manis untuk dikenang,kalau kami refresh balik mesti ketawa sama-sama...Kami sebenarnya satu sekolah dari form 1-3 tapi lain-lain kelas. Disatukan dalam satu kelas tambahan yg dinamakan kelas pengajian Al-Quran. Di sekolah tak pernah berborak,senyum2 atau bertentang mata tapi sebenarnya bila berselisih tu dup..dup.. jugak la...he he..sama-samalah..mcm ada instinct pulak kan..

Bila dah form 4,terpisah sebab abg dapat masuk KISAS,saya pula masih stay disekolah lama.Tak adalah apa-apa perkembangan pun selama 2tahun setengah. Bertemu kembali bila masing-masing dah masuk U,tapi U nya lain-lain. Bila buat program anak negeri barulah dapat berjumpa kembali tapi masa tu masing-masing blur. Saya terkejut sebab dah lain sangat fizikalnya dari masa belajar dulu. Dulu kurus aje,tinggi..masa jumpa tu dah berisi,tapi xlah gemuk..sesedap mata memandang..(tp lepas kawin dah makin berisi lah..)pastu berhubung sesekali melalui surat,nak cakap telefon pun terketar-ketar..he he..malu la kunun...sama la tu,dua2 pemalu,dua-dua jual mahal...

Kami pernah putus hubungan sekejab,masa saya 2nd year,masa tu bermacam dugaan pada hbgn persahabatan kami. 2nd year untuk sesiapa yang faham memang zaman bz dengan bermacam-macam gerakerja dikampus lebih-lebih lagi stay kolej.Sempat jugalah join jadi ajk kecik PMU,orang kat sana tu apatah lagi,masa tu bakal presiden sebuah persatuan ternama di upm (pmi) lagilah besar tanggungjawabnya. Jadi,inisiatif untuk berhubung antara kami makin kurang,dan macam-macam lagilah sebab lain.Akhirnya terputuslah kami tanpa berita selama setahun setengah.Ingatkan dah x ada apa-apa dah..tapi kalau dah jodoh tak kemana kan..

Menariknya dalam tempoh tak berkawan tu, banyak pulak kami bertemu secara kebetulan walaupun lain-lain u. Kecilnya dunia ni kan..satu hari tu kami ditemukan lagi dalam satu program,(masa tu abg dah jadi pres),Kami menyambung lagi persahabatan bila kami mula berbalas sms.Sesudah abang habis belajar,sementara saya last year di UM,kami barulah serius berkawan.Terkejut jugak sebab dalam tesisnya ada dedication untuk saya..tak tahu pulak rupa-rupanya selama ni ada orang ingat kita...heh heh

Akhirnya,tarikh 040404 kami bertunang dan 200205 kami diijabkabulkan.Itulah kisah kami secara ringkasnya..yang sebenarnya panjang dan boleh ditulis novel. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun melayari rumahtangga kehdupan kami bahagia dengan dikurniakan dua orang puteri yang comel sebagai penyeri hidup kami,berselisih faham sikit-sikit tu biasalah kan tapi itulah yang menjadikan kami lebih menghargai dan mengenali antara satu sama lain..Bagi saya ,suatu hubungan itu ibarat pokok yang perlu disiram dan dibaja selalu supaya tetap subur dan mekar sepanjang masa.Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kami.Ameen..

Sunday, February 15, 2009

Surah yasin

Saya nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai fadhilat membaca Surah Yasin..
1. Daripada Abi Hurairah r.a.,bersabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampun keesokannya. Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al-Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR. Ibnu Katsir)

2. Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin” dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR. Al-Tarmizi)

3. Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR. Ibnu Katsir)

Tuesday, February 10, 2009