Friday, January 30, 2009

Palestin lagi

Palestin cukup masak tipu helah Yahudi

"USAH percaya janji Yahudi, mereka dilahirkan sebagai penipu" adalah kata-kata kerap kedengaran daripada kebanyakan penduduk Gaza yang tidak mempercayai cadangan gencatan senjata rejim Zionis.

Mereka yang sudah lali dengan serangan tentera Yahudi lebih 60 tahun lalu cukup masak dengan tipu muslihat `iblis' bertopeng manusia itu dan diakui pemandu teksi yang ditemui wartawan di kedai syarwarma (kebab).

Di depan bangunan mahkamah yang ranap dibedil peluru berpandu Israel itu, pemandu teksi, Waleed Yaser, 45, berkata Yahudi tidak pernah menepati janji dan tindakan menawarkan gencatan senjata membuktikan mereka tewas. "Peperangan 22 hari antara Hamas dan Israel membuat Zionis lebih kenal erti tewas apabila menentang tentera jihad fisabilillah," katanya sambil mendakwa sejak gencatan 18 Januari lalu, lima penduduk awam Gaza terkorban.

Beliau yang kerap berulang alik ke sempadan Rafah, memberitahu kejadian mengerikan berlaku Khamis minggu lalu apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditembak di kepala ketika menaiki sampan bersama bapanya untuk menangkap ikan di laut.

Dengan peluru masih tertanam di kepala, mangsa menemui ajal selepas koma di Hospital Al-Sifa' dan sehari kemudian, seorang wanita 35 tahun turut ditembak di kepala oleh tentera Yahudi yang berkawal di sempadan.
"Kelmarin, petani berusia 27 tahun di Kissufim ditembak membuktikan Yahudi tidak pernah akur janji.

"Mereka pakar membunuh dari jauh menggunakan penembak curi," katanya.

Seorang pemandu teksi, Zariq, 50, berkata Yahudi tidak akan berundur jika tidak tewas di tangan Hamas.

Mereka berkata, 800,000 penduduk Israel di selatan pasti ketakutan dan bergegas mencari perlindungan apabila mendengar nama Hamas dan menamatkan perbualan dengan pertanyaan - siapa menakutkan siapa?

Sumber: bharian.com.my

Sunday, January 25, 2009

Jom buat mee

Marilah kita buat resepi mee kuning buatan sendiri yang sedap dan sihat.
Saya memang rajin buat mee kuning ni..seminggu tu wajib buat purata dalam 2 kali seminggu. Orang kata saya terlebih rajin sebab buatnya agak leceh juga..tapi disebabkan bersemangat nak makan mee kuning yang sihat tanpa asid borik,maka dirajinkan juga walaupun menggunakan mesin manual.
Bahan-bahan dan caranya
210 ml air campur dengan sebiji telur dan sedikit serbuk kunyit
diuli dengan setengah kilo tepung..
dah uli tu,masuk dalam mesin pasta,pastu dah keluar tu,rebus dalam 2 minit n then angkat..sapu minyak sikit supaya tak melekat.
Saya start buat mee kuning sendiri dah agak lama juga,rasanya dalam 3 bulan kebelakangan ni,sekali dua aje beli mee kuning kat kedai. Dapat resepi masa tgh scroll myresepi.com(MYR). Dalam MYR tu dia kata bahan cecair 220 ml. boleh juga terkurang atau terlebih sikit,tapi saya rasa kalau lagi kurang air lagi best cuma kalau uli manual,lebih mencabar la...Kalau guna mesin pasta elektrik lagi mudah dan senang.cuba lah ye

Cuainya

Dah beberapa hari berulang ke hospital melawat ayah. Tiba-tiba ada pula cerita tak enak tentang pengurusan hospital di sini. Semalam ayah cerita yang dia telah dibawa kebilik scan pada sebelah pagi tanpa diberitahu apa-apa.Pagi tu kebetulan tak ada sesiapa tengah menunggu ayah. Sesampainya di sana doktor terus memasukkan satu alat ke dalam hidung dan satu lagi hendak dimasukkan kedalam mulut.

Ayah berasa pelik dan terus menepis wayar yang telah dimasukkan di dalam hidung. Dia bertanya kepada doktor apa tujuan nya melakukan semua ini. Doktor itu memberitahu dia nak lihat paru-paru ayah melalui kamera yg dia nak masukkan. Ayah berasa pelik lagi kerana dia tiada apa-apa penyakit jantung atau paru-paru. Doktor itu hendak meneruskan prosedurnya tetapi dihalang oleh ayah dan meminta doktor itu menerangkan dengan lebih lanjut. Doktor itu memberitahu dia hanya melakukan apa yang telah direkod di dalam fail.

Ayah tidak berpuas hati dan menanyakan lagi isi rekod tersebut.Doktor berkata ayah ada sakit jantung,paru-paru,pernah operation,merokok bla..bla..bla... Terkejutla ayah dan mempersoalkan isi rekod tersebut yang bercanggah sama sekali. Ayah kata ayah tak pernah sakit semua-semua tu. Merokok pun tak pernah seumur hidup mcm mana pulak boleh doktor kata ada sakit paru-paru. Doktor tu marah lagi ingin mempertahankan tindakannya...Dia kata pakcik merokok dulu-dulu..Ayah semakin geramlah,macam-macam dia cakap dan persoalkan doktor tu dan tindakannya. "Tak tanya apa-apa terus aje buat,ini cari penyakit namanya,bukan nak mengubatkan orang sakit...."kata ayah...Lepas tu doktor tu mengaku salah dan meminta maaf pada ayah setelah.

Ya,Allah..apa nak jadi dengan hospital ni..Kami semua menggeleng kepala..apalah cuainya pengurusan HUKM ni. Saya teringat beberapa kes kecuaian hospital ni yang dipaparkan dalam media. Diorang ni tak ambil pengajaran ke..Kami berasa sangat geram dan marah,kami cuba hubungi pihak berkenaan tapi ntah apa-apa dijawabnya.Lepas ni kena buat surat report agaknya..Saya terfikir jugak buatnya kalau salah rekod tu kena operation ke ape..ish nauzubillah...mungkin bagi mereka ia hanya kecuaian sedikit aje tapi diorang tak terfikir ke yang ia boleh menyebabkan orang lain teraniaya dan menderita seumur hidup..Nasib baik ayah dah sampai keperingkat akhir rawatan. Kalau masih permulaan mungkin kami dah pindahkan ayah.....

Thursday, January 22, 2009

Seharian di hospital

Semalam saya seharian di hospital menemankan ayah..Sikecil Balqis ni pun ikut sama,mengekor aje mama ke mana pergi. Sampai di HUKM dalam pukul 11 sampailah 8.00 malam barulah balik. Alhamdulillah,Balqis tak meragam sangat cuma merengek sikit2 bila mengantuk,adiknya pun tak meragam tinggal di rumah dengan bibik dan juga uwan. Dapatlah mama menjalankan tugas dengan senang hati tanpa gangguan anak-anak kecil ni. Semasa berada di hospital,(2nd time di sini)saya dapati hospital ni agak bersih,selesa tapi lengang. Staf2 nurse juga yang saya tengok mesra pelanggan dan cepat bila dipanggil..

Sambil menengokkan ayah,sempat juga saya berbual-bual dengan beberapa orang penghuni wad yang sakit kat sana. Sebelah kiri ayah,ada seorang pesakit cina yang lumpuh. Kesian dia keseorangan,katanya ditinggalkan isteri selepas 4 hari kahwin sebab jatuh dari pokok dan terus lumpuh. Ada seorang pakcik ni pulak lebih kurang sebaya ayah tapi memang aktif orangnya.Memang lucu dan lincah,menjadi penghibur di wad surgeri 3 ni. Sekejab-sekejab dah hilang entah ke mana,tegur ayah,nurse dan pesakit lain.Makan selera betul pulak tu,beria-ia dia bagi semangat kat ayah suruh habiskan nasi tu "sedap..macam kari ikan kat kedai mamak." katanya.

Pakcik tu dan yang lain dibahagian urologi ni lebih kurang sama je sakitnya,kencing tak lawas,buah pinggang,batu karang dsbgnya. Saya dengan ayah asyik menggelakkan aksi pakcik yang peramah dan lucu tu.Dalam hati berfikir,bagusnya pakcik ni,sakit-sakit pun boleh buat lawak,tabah aje nampak orangnya padahal perut tu dah kena tebuk sebab tak boleh kencing. Kesana-kemari pun bawa aje kantung kencing yang disangkut dipinggangnya tu.

Ada sorang lagi pakcik ni..pakcik ke,tp muda lagi la..baru 38 tahun... Dia ni penghuni setia kat sini,lagi serius masalahnya. Kesian betul saya dengar ceritanya. Dah berbelas tahun mengidap penyakit batu karang dalam buah pinggang.Beberapa kali laser tapi tak boleh hilang,akhirnya buah pinggang tu rosak dan nak kena buang sebelah. Sekarang ni tengah tunggu turn nak operate buah buah pinggang. Jalan pun tak boleh cuma bergerak dengan kerusi roda aje. Tak cukup dengan tu dia ni juga lumpuh sebelah badan selepas accident terperosok bawah van,setahun terlantar kat HKL. Dapat insurans RM100,000 habis digunakan untuk berubat sana sini.Bila mula dengar ceritanya,saya tertarik sebab kalau lihat dari caranya tak sangka ujiannya seberat itu.Tengok pakcik muda ni riak wajahnya tenang aje,peramah dengan semua orang di wad..tabah betul nampaknya dia. Namun berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Semoga pakcik tu tetap diberi ketabahan menghadapi ujian Allah ini.


Pemandangan hospital

Pengalaman saya yang dah pernah merasa duduk hospital ni memang membosankan,menyeksakan dan mcm2 lg perasaan yang tak best. Setiap detik menghitung masa bila la nak keluar terutama masa masuk PPUM dulu..Masa masuk private oklah jugak. Saya tengok ayah,saya dapat bayangkan perasaan dia setelah 3 hari di sini. Sebelum ni di hospital seremban selama seminggu.Tentu ayah mati kutu,bosan duduk diam tanpa boleh berbuat apa-apa. Yelah sebelum ni ayah bukannya boleh duduk diam. Di kampung tu macam-macam benda yang dibuatnya.

Saya teringat waktu mengandung dulu,alahan yang teruk sampai tak boleh buat apa-apa.Makan dan minum tak boleh semua muntah,beberapa kali masuk wad kena masuk drip sebab dehydrate. Nak tak nak kenalah ceriakan diri,tabahkan hati menghadapi penyakit dan ujian yang datang.Masa tu barulah terfikir dan menyesal.."kenapalah sebelum ni aku selalu tak jaga makan,sekarang dah tak boleh makan.." pastu nak beribadat pun tak larat terfikir pulak "kenapala sebelum ni aku tak buat betul-betul,leka,lalai..."

Sementara sihat ni,bersyukurlah dengan nikmat sihat yang Allah bagi ni.Nanti bila nikmat tu dah ditarik balik,barulah kita sedar betapa bernilainya nikmat tu. Sementara diberi kesihatan,kesempatan dan peluang untuk beramal,maka laksanakanlah sebaiknya. Syukur ya Allah...

mama yg obses

Gambr dicandid ketika damia duduk kat kerusi sambil diagah oleh kakak..excited sbb dia dapat duduk dengan baik... gambar ni dah di edit dengan photoshop supaya tak penuh sangat blog ni dengan gambar...


Damia yg ceria bertocang dua...


Balqis naik elephant di mydin hypermarket subg

Wednesday, January 21, 2009

Spanish Villa

Baru-baru kami dijemput gi sambutan besday farah(anak sedara) di Spanish Villa,Seremban."Happy Birthday Ayong" Seronok juga tempat tu,bos cafe tu dimiliki oleh babahnya farah (my brother) so bolehla sakan-sakanan menyambut besday kat sana... sampai-sampai tu,dok jalan2 tgk keliling resort tu..cantik,damai je..mcm kat highland sbb byk angin..sejukk...

Lepas aje acara potong kek,dan makan dorang ni yg kecik2(7 tahun kebawah) mulalah terjun kolam..Hana sampai tak sempat tukar baju mandi..last2 dah siap mandi,pakai baju mandi balik rumah sbb baju tu je yg kering...kelakar betul..balqis apa lagi,tengok geng-geng dia dah terjun kolam,dia pun mula la mengendeng kat mama nak mandi. Nasib baik dia tak terjun terus dlm kolam dengan baju Miki Kids dia tu...
Sambil menunggu sikecil tu mandi,kitorg memperabihkan makanan yg ada..ada mee kari,mee n mihun sup,NGoreng cina,kuih muih yg pelbagai,buah2an..sodap jugaklah..kebetulan masa tu ada buat kek coklat buat kat rumah,bawa la datang ke sini untuk diperabiskan..alhamdulillah licin..sbnrnya br je buat kek tu pg tu sebab ada kawan datang..x tahu nak jamu apa..dah lama x buat kek,tu yg tetiba ada mood pulak buat kek

Saturday, January 10, 2009

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin wahai sekalian ikhwah!

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia dan telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).
Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza…..












SERUAN
Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.
2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuh an kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.
4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.
6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.
8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.
9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-
pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan
melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-
lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan
antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

Untuk akhirnya,marilah sama-sama kita berdoa agar pejuang-pejuang Islam di Palestin akan berjaya mengalahkan Israel dengan Izin Allah SWT. Dan kita berdoa agar keluarga-keluarga para syahidin diselamatkan oleh Allah SWT daripada cengkaman musuh-musuh islam...amiin.
• For complete list please visit: Inminds (http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html)
Artikel asal dr. blog Mas fahri

Friday, January 9, 2009

Adik mia pulak


Anakku yang sorang lagi ni namanya Damia Dhamirah..baru 7 bulan..dah cerita tentang kakak,ceritalah pulak tentang adiknya yang comey ni pulak...ni cerita adik pulak..
1. damia setakat ni masih meniarap,menggolekkan badan..belum pandai merangkak lagi..
2. suka bertimang dan berdiri..kalau dudukkan dia,dia marah..pegang2 tangan orang nak berdiri sendiri..(mcm dah besar sgt..)
3. badan dia dah tegap..kalau org tak tau..mesti ingat dia dah setahun
4. dah boleh pakai baju kakak yang bermacam-macam fashion tu..
5. Makan dan susu boleh tahan seleranya..
6. Suka senyum je dan jarang sangat menangis.
7. Setakat ni tak pernah meragam.Malam pun mama tidur lena je..sekali je adik bangun
menyusu
8. Suka dengar azan,org mengaji dan suara mama dendangkan lagu tidur.
9. damia setakat mmg baik,x meragam,senang betul jaganya..mamanya yang meragam teruk
9 bulan mengandungkan dia..

Thursday, January 8, 2009

balqis 3 tahun

Sempena dalam mood tahun baru ni,dan sempena dengan hari lahir Balqis yang ke 3 tahun,so nak storylah jugak tentang kakak yang skrg dah 3 tahun ni..Usia dah bertambah ni,macam2 jugalah kepandaian dan karenah nya yang semakin berkembang dari hari ke hari. Ada aje benda baru yang dibuatnya dan diperkatakannya.. Antara benda yang mencuit hati dia buat;
1. semalam bila ada lori suratkhabar lama lalu,dia menyanyi2 ikut alunan suratkhabar lama tu yang dah diubah liriknya.."suratkhabar lama..ambik baby.."mcm tulah dia ulang2 sampai hilang suara tu.Tapi kakak memang suka ubah lirik lagu x kira lirik apa pun.

2. Suka main masak2..dan jual benda2 yang dia masak tu dengan harga 13 ringgit.sebabnya rm13 ialah sebab dia tahu berat dia 13kg. Setiap kali timbang kat dapur.."mama,13 kilo mama..."mulutnya berceloteh

3. Suka sangat tgk cd lagu nasyid,terutama cd mari ke sekolah dan lagu doa tilmiz tu..dah hafal dia doa2 yang ada dalam cd tu..doa2 yang dia dah hafal diusia awal 3tahun ni selain dr doa makan(mmg dia dah selalu baca)doa nak tidur,doa lepas makan,doa keluar rumah,doa masuk rumah..doa2 lain tu dia masih belum hafal sgt.tp ikut sikit2 boleh lah..

4. Hari-hari minta scott emulsion sambil menyanyi2 lagu dalam iklan tu..satu lg suka betul dengan air ribena(dia kata mcm dalam tv) dan air milo(setiap pg)

5. pegi taman nak naik basikal..tak nak jalan kaki dah..suka main buaian kat taman.

6. Kalau teman mama dgn baba shopping memang sporting..blh tahan sampai 3-4 jam..best lah anak mama.

7. makcik-pakcik dia cakap,kakak ni becok dan petah bercakap..kalau dorg telefon bukan nak cakap dgn kite..tp bergayut dgn balqis..terutama mak njang dengan mak lang...sabo je la...

8. Suka bergaduh dengan maid..Ros pun satu,suka betul melayan...riuh rumah ni kalau dorg berlawan cakap.dia selalu cakap "Bibik yang nakal..kakak baik,bagus je"..

9. Caring dengan adik,mama dan semua org dalam rumah. Kalau adik nangis,dia cepat pujuk,kalau adik x makan..dia marah! "dik,makan cepat..kakak marah ni.."

10. Suka betul menyanyi,x kira apa lagu pun..

11. Makin lama makin manja,susah nak berenggang dengan mama dan baba. Kalau dia tidur kita tinggalkan dia nak gi mana2 ke..dia akan nangis bila bangun "Kenapa x kejutkan kakak,kakak nak ikut mama..." sambil menangis. 12. Fobia dengan doktor.

13. Suka tengok cermin sambil tersenyum2..tapi tak suka ber make up..bedak pun xnak

14. Suka betul tengok dia marah..kelakar dan comel sangat.

Tu lah antaranya peel dan karenah kakak..membuatkan seisi rumah terhibur...

tag by sfkn..

Kena jawab satu persatu ke ni..macam jawab soalan exam lak

FAKTA RAWAK TENTANG SAYA
1. simple dan sederhana..tak kurang sgt dan tak suka lebih sangat.Apapun tetap bersyukur dengan apa yang ada.
2. Suka tengok benda yang cantik dan sedap dipandang.
3. tak suka kelam kabut..
4. hobi- mengadap komp,shopping,masak,travelling
5. understanding

MYSELF

First name:
Maisarah A.rahman
Name you wish you had:
ada ct,nur ke..ok gak sbb adik-beradik ppuan lain ada siti.
What do people normally your name as :
Mai,ayong,sarah..ada jugak yang panggil Maisarah
Birthday:
09.11.1980
Birthplace:
Seri Menanti,NS
Time of birth:
04.30 pm
Single or taken:
Taken
Zodiac sign:Scorpio

MY APPEARANCE
How tall are you:
157 cm
Wish you were taller:
biasa je
Eye color :
Brown
Current hair color:

Short or long hair:

Ever dye your hair a bizarre color:
never
Last time you did something dramatic with you hair:
xde
Glasses or contacts:
no
Do you wear make up:
yes, simple one
Paint your nails:
no
Shy or outgoing:
outgoing
Sexy or cute:
comel je kot
Serious or fun:
both
A turn on :
yg best,x specific
A turn off:
xde kot..

THIS OR THAT
Flowers or chocolates:
flowers
Pepsi or coke:
dua2 tak suka
Rap or rock:
xsuka jugak keduanya
Relationship or one night stand:
Relationship
School or work:
work
Love or money:
both
Movie or music:
music
Country or city:
both
Sunny or rainy days:
both
Friends or family:
Family comes first

HAVE YOU
Ever lied:time darurat ada jugak la
Stole something:Intentionally? No.
Smoked:No.
Hurt someone close to you:mungkin...sedangkan lidah lagi tergigit
Broke someone’s heart: pernah jugak..
Wonder what was wrong with you:Yes.
Wish you were prince or princess:Princess
Like someone who was taken:oh NO
Shaved your head:never
Used chopstick: guna jugak kdg2
Sang in the mirror to yourself: pernah jugak

FAVOURITES
Flower: rose
Candy: fruit plus
Song: yg menenangkan jiwa
Color: pink,meroon
Movie: xde yg best
Singer: suara sendiri..he he
Junk food:mkn jgk sesekali
Website:Blog
Location:subang jaya
Animal :xsuka
Ever cried over someone:Yes
Is there anything you wish you could change about yourself:
to be more better dlm segala hal
Do you think you’re attractive:biasa je
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose:xde..
Do you play any sports:yes,apa shj yg myihatkan badan

Tuesday, January 6, 2009

Cerita tahun baru

Tahun baru 2009 juga dibuka dengan cerita sedih iaitu ayah masuk wad. Kami dapat tahu ayah demam pada malam 1 januari.Jumaat pagi dah masuk wad di hospital besar seremban sebab ayah demam teruk sampai tak larat nak bangun. Berkejarlah kami ke seremban dan stay kat sana 3 hari,bergilir-gilir menjaga ayah siang dan malam. Ayah kena masuk air dalam badan sebab dedydrate(kurang air dalam badan)buang air kecil tak lawas,dan doktor pulak suspect bukan demam biasa. Mungkin kena dengki sebab platlet darah menurun. Tunggu beberapa hari,beberapa kali ambil darah, barulah dapat keputusan alhamdulillah bukan kena demam denggi.

Mak pula tak sihat, jadi Bang Teh bawa balik KL sebab mak biasa check up kat KL-panel DBKL. Jadi berbagi dualah kami 10 beradik menjaga emak dan ayah. Namun alhamdulillah semua memberi kerjasama yang baik sebab ini juga ujian untuk kami semua di awal tahun baru ni. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja,anak baru bersekolah,hantar ke asrama dsbgnya.

Kami masing-masing mencari punca kenapa mak dan ayah sakit tiba-tiba. Bermacam-macam andaian lah yang dibuat. Mungkin mak dan ayah tersalah makan,atau sebab lain wallahu a'lam...hanya Allah yang tahu dan kami sebagai anak akan berusaha memastikan mak dan ayah akan selalu berada dalam kesihatan yang baik.

Hari ni(selasa) barulah ayah di keluarkan dari wad. Saya mengajak ayah dan juga mak berehat di sini selama seminggu. Besar juga tanggungjawab ni tapi insyaAllah akan di cuba laksanakan sebaiknya.

Tahun baru dan hari lahir

Sudah agak lama tak menjengah ke blog ni. Sebenarnya ada beberapa tajuk yang ingin ditulis cumanya kesibukan di awal tahun baru dengan beberapa perkara suka duka yang telah berlaku ke atas kami.

1 januari 2009 adalah hari lahir kakak(my 1st daughter) yang ke tiga tahun. hari lahir kali ni disambut ala kadar sahaja. Kakak dapat beberapa hadiah seperti set dapur mainan, set keretapi 16 tracks, dan basikal baru..kakak seronok betul nampaknya dengan mainan baru terutama sekali set mainan dapurnya yang lengkap tu..dan juga basikal barunya menggantikan basikal lama untuk di kayuh ke taman. Basikal lama pun masih elok cuma tak sesuai dibawa ke taman.Lagipun kakak sekarang suka mengayuh sendiri basikal ke taman daripada berjalan kaki.Nasib baik taman tu dekat aje.