Thursday, January 8, 2009

balqis 3 tahun

Sempena dalam mood tahun baru ni,dan sempena dengan hari lahir Balqis yang ke 3 tahun,so nak storylah jugak tentang kakak yang skrg dah 3 tahun ni..Usia dah bertambah ni,macam2 jugalah kepandaian dan karenah nya yang semakin berkembang dari hari ke hari. Ada aje benda baru yang dibuatnya dan diperkatakannya.. Antara benda yang mencuit hati dia buat;
1. semalam bila ada lori suratkhabar lama lalu,dia menyanyi2 ikut alunan suratkhabar lama tu yang dah diubah liriknya.."suratkhabar lama..ambik baby.."mcm tulah dia ulang2 sampai hilang suara tu.Tapi kakak memang suka ubah lirik lagu x kira lirik apa pun.

2. Suka main masak2..dan jual benda2 yang dia masak tu dengan harga 13 ringgit.sebabnya rm13 ialah sebab dia tahu berat dia 13kg. Setiap kali timbang kat dapur.."mama,13 kilo mama..."mulutnya berceloteh

3. Suka sangat tgk cd lagu nasyid,terutama cd mari ke sekolah dan lagu doa tilmiz tu..dah hafal dia doa2 yang ada dalam cd tu..doa2 yang dia dah hafal diusia awal 3tahun ni selain dr doa makan(mmg dia dah selalu baca)doa nak tidur,doa lepas makan,doa keluar rumah,doa masuk rumah..doa2 lain tu dia masih belum hafal sgt.tp ikut sikit2 boleh lah..

4. Hari-hari minta scott emulsion sambil menyanyi2 lagu dalam iklan tu..satu lg suka betul dengan air ribena(dia kata mcm dalam tv) dan air milo(setiap pg)

5. pegi taman nak naik basikal..tak nak jalan kaki dah..suka main buaian kat taman.

6. Kalau teman mama dgn baba shopping memang sporting..blh tahan sampai 3-4 jam..best lah anak mama.

7. makcik-pakcik dia cakap,kakak ni becok dan petah bercakap..kalau dorg telefon bukan nak cakap dgn kite..tp bergayut dgn balqis..terutama mak njang dengan mak lang...sabo je la...

8. Suka bergaduh dengan maid..Ros pun satu,suka betul melayan...riuh rumah ni kalau dorg berlawan cakap.dia selalu cakap "Bibik yang nakal..kakak baik,bagus je"..

9. Caring dengan adik,mama dan semua org dalam rumah. Kalau adik nangis,dia cepat pujuk,kalau adik x makan..dia marah! "dik,makan cepat..kakak marah ni.."

10. Suka betul menyanyi,x kira apa lagu pun..

11. Makin lama makin manja,susah nak berenggang dengan mama dan baba. Kalau dia tidur kita tinggalkan dia nak gi mana2 ke..dia akan nangis bila bangun "Kenapa x kejutkan kakak,kakak nak ikut mama..." sambil menangis. 12. Fobia dengan doktor.

13. Suka tengok cermin sambil tersenyum2..tapi tak suka ber make up..bedak pun xnak

14. Suka betul tengok dia marah..kelakar dan comel sangat.

Tu lah antaranya peel dan karenah kakak..membuatkan seisi rumah terhibur...

No comments: