Thursday, January 22, 2009

Seharian di hospital

Semalam saya seharian di hospital menemankan ayah..Sikecil Balqis ni pun ikut sama,mengekor aje mama ke mana pergi. Sampai di HUKM dalam pukul 11 sampailah 8.00 malam barulah balik. Alhamdulillah,Balqis tak meragam sangat cuma merengek sikit2 bila mengantuk,adiknya pun tak meragam tinggal di rumah dengan bibik dan juga uwan. Dapatlah mama menjalankan tugas dengan senang hati tanpa gangguan anak-anak kecil ni. Semasa berada di hospital,(2nd time di sini)saya dapati hospital ni agak bersih,selesa tapi lengang. Staf2 nurse juga yang saya tengok mesra pelanggan dan cepat bila dipanggil..

Sambil menengokkan ayah,sempat juga saya berbual-bual dengan beberapa orang penghuni wad yang sakit kat sana. Sebelah kiri ayah,ada seorang pesakit cina yang lumpuh. Kesian dia keseorangan,katanya ditinggalkan isteri selepas 4 hari kahwin sebab jatuh dari pokok dan terus lumpuh. Ada seorang pakcik ni pulak lebih kurang sebaya ayah tapi memang aktif orangnya.Memang lucu dan lincah,menjadi penghibur di wad surgeri 3 ni. Sekejab-sekejab dah hilang entah ke mana,tegur ayah,nurse dan pesakit lain.Makan selera betul pulak tu,beria-ia dia bagi semangat kat ayah suruh habiskan nasi tu "sedap..macam kari ikan kat kedai mamak." katanya.

Pakcik tu dan yang lain dibahagian urologi ni lebih kurang sama je sakitnya,kencing tak lawas,buah pinggang,batu karang dsbgnya. Saya dengan ayah asyik menggelakkan aksi pakcik yang peramah dan lucu tu.Dalam hati berfikir,bagusnya pakcik ni,sakit-sakit pun boleh buat lawak,tabah aje nampak orangnya padahal perut tu dah kena tebuk sebab tak boleh kencing. Kesana-kemari pun bawa aje kantung kencing yang disangkut dipinggangnya tu.

Ada sorang lagi pakcik ni..pakcik ke,tp muda lagi la..baru 38 tahun... Dia ni penghuni setia kat sini,lagi serius masalahnya. Kesian betul saya dengar ceritanya. Dah berbelas tahun mengidap penyakit batu karang dalam buah pinggang.Beberapa kali laser tapi tak boleh hilang,akhirnya buah pinggang tu rosak dan nak kena buang sebelah. Sekarang ni tengah tunggu turn nak operate buah buah pinggang. Jalan pun tak boleh cuma bergerak dengan kerusi roda aje. Tak cukup dengan tu dia ni juga lumpuh sebelah badan selepas accident terperosok bawah van,setahun terlantar kat HKL. Dapat insurans RM100,000 habis digunakan untuk berubat sana sini.Bila mula dengar ceritanya,saya tertarik sebab kalau lihat dari caranya tak sangka ujiannya seberat itu.Tengok pakcik muda ni riak wajahnya tenang aje,peramah dengan semua orang di wad..tabah betul nampaknya dia. Namun berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Semoga pakcik tu tetap diberi ketabahan menghadapi ujian Allah ini.


Pemandangan hospital

Pengalaman saya yang dah pernah merasa duduk hospital ni memang membosankan,menyeksakan dan mcm2 lg perasaan yang tak best. Setiap detik menghitung masa bila la nak keluar terutama masa masuk PPUM dulu..Masa masuk private oklah jugak. Saya tengok ayah,saya dapat bayangkan perasaan dia setelah 3 hari di sini. Sebelum ni di hospital seremban selama seminggu.Tentu ayah mati kutu,bosan duduk diam tanpa boleh berbuat apa-apa. Yelah sebelum ni ayah bukannya boleh duduk diam. Di kampung tu macam-macam benda yang dibuatnya.

Saya teringat waktu mengandung dulu,alahan yang teruk sampai tak boleh buat apa-apa.Makan dan minum tak boleh semua muntah,beberapa kali masuk wad kena masuk drip sebab dehydrate. Nak tak nak kenalah ceriakan diri,tabahkan hati menghadapi penyakit dan ujian yang datang.Masa tu barulah terfikir dan menyesal.."kenapalah sebelum ni aku selalu tak jaga makan,sekarang dah tak boleh makan.." pastu nak beribadat pun tak larat terfikir pulak "kenapala sebelum ni aku tak buat betul-betul,leka,lalai..."

Sementara sihat ni,bersyukurlah dengan nikmat sihat yang Allah bagi ni.Nanti bila nikmat tu dah ditarik balik,barulah kita sedar betapa bernilainya nikmat tu. Sementara diberi kesihatan,kesempatan dan peluang untuk beramal,maka laksanakanlah sebaiknya. Syukur ya Allah...

No comments: