Sunday, January 25, 2009

Cuainya

Dah beberapa hari berulang ke hospital melawat ayah. Tiba-tiba ada pula cerita tak enak tentang pengurusan hospital di sini. Semalam ayah cerita yang dia telah dibawa kebilik scan pada sebelah pagi tanpa diberitahu apa-apa.Pagi tu kebetulan tak ada sesiapa tengah menunggu ayah. Sesampainya di sana doktor terus memasukkan satu alat ke dalam hidung dan satu lagi hendak dimasukkan kedalam mulut.

Ayah berasa pelik dan terus menepis wayar yang telah dimasukkan di dalam hidung. Dia bertanya kepada doktor apa tujuan nya melakukan semua ini. Doktor itu memberitahu dia nak lihat paru-paru ayah melalui kamera yg dia nak masukkan. Ayah berasa pelik lagi kerana dia tiada apa-apa penyakit jantung atau paru-paru. Doktor itu hendak meneruskan prosedurnya tetapi dihalang oleh ayah dan meminta doktor itu menerangkan dengan lebih lanjut. Doktor itu memberitahu dia hanya melakukan apa yang telah direkod di dalam fail.

Ayah tidak berpuas hati dan menanyakan lagi isi rekod tersebut.Doktor berkata ayah ada sakit jantung,paru-paru,pernah operation,merokok bla..bla..bla... Terkejutla ayah dan mempersoalkan isi rekod tersebut yang bercanggah sama sekali. Ayah kata ayah tak pernah sakit semua-semua tu. Merokok pun tak pernah seumur hidup mcm mana pulak boleh doktor kata ada sakit paru-paru. Doktor tu marah lagi ingin mempertahankan tindakannya...Dia kata pakcik merokok dulu-dulu..Ayah semakin geramlah,macam-macam dia cakap dan persoalkan doktor tu dan tindakannya. "Tak tanya apa-apa terus aje buat,ini cari penyakit namanya,bukan nak mengubatkan orang sakit...."kata ayah...Lepas tu doktor tu mengaku salah dan meminta maaf pada ayah setelah.

Ya,Allah..apa nak jadi dengan hospital ni..Kami semua menggeleng kepala..apalah cuainya pengurusan HUKM ni. Saya teringat beberapa kes kecuaian hospital ni yang dipaparkan dalam media. Diorang ni tak ambil pengajaran ke..Kami berasa sangat geram dan marah,kami cuba hubungi pihak berkenaan tapi ntah apa-apa dijawabnya.Lepas ni kena buat surat report agaknya..Saya terfikir jugak buatnya kalau salah rekod tu kena operation ke ape..ish nauzubillah...mungkin bagi mereka ia hanya kecuaian sedikit aje tapi diorang tak terfikir ke yang ia boleh menyebabkan orang lain teraniaya dan menderita seumur hidup..Nasib baik ayah dah sampai keperingkat akhir rawatan. Kalau masih permulaan mungkin kami dah pindahkan ayah.....

1 comment:

Anonymous said...

poyo kan hospital tu...