Friday, January 30, 2009

Palestin lagi

Palestin cukup masak tipu helah Yahudi

"USAH percaya janji Yahudi, mereka dilahirkan sebagai penipu" adalah kata-kata kerap kedengaran daripada kebanyakan penduduk Gaza yang tidak mempercayai cadangan gencatan senjata rejim Zionis.

Mereka yang sudah lali dengan serangan tentera Yahudi lebih 60 tahun lalu cukup masak dengan tipu muslihat `iblis' bertopeng manusia itu dan diakui pemandu teksi yang ditemui wartawan di kedai syarwarma (kebab).

Di depan bangunan mahkamah yang ranap dibedil peluru berpandu Israel itu, pemandu teksi, Waleed Yaser, 45, berkata Yahudi tidak pernah menepati janji dan tindakan menawarkan gencatan senjata membuktikan mereka tewas. "Peperangan 22 hari antara Hamas dan Israel membuat Zionis lebih kenal erti tewas apabila menentang tentera jihad fisabilillah," katanya sambil mendakwa sejak gencatan 18 Januari lalu, lima penduduk awam Gaza terkorban.

Beliau yang kerap berulang alik ke sempadan Rafah, memberitahu kejadian mengerikan berlaku Khamis minggu lalu apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditembak di kepala ketika menaiki sampan bersama bapanya untuk menangkap ikan di laut.

Dengan peluru masih tertanam di kepala, mangsa menemui ajal selepas koma di Hospital Al-Sifa' dan sehari kemudian, seorang wanita 35 tahun turut ditembak di kepala oleh tentera Yahudi yang berkawal di sempadan.
"Kelmarin, petani berusia 27 tahun di Kissufim ditembak membuktikan Yahudi tidak pernah akur janji.

"Mereka pakar membunuh dari jauh menggunakan penembak curi," katanya.

Seorang pemandu teksi, Zariq, 50, berkata Yahudi tidak akan berundur jika tidak tewas di tangan Hamas.

Mereka berkata, 800,000 penduduk Israel di selatan pasti ketakutan dan bergegas mencari perlindungan apabila mendengar nama Hamas dan menamatkan perbualan dengan pertanyaan - siapa menakutkan siapa?

Sumber: bharian.com.my

No comments: