Tuesday, February 3, 2009

pertahankan Al-Aqsa..?

Baru-baru ni saya dapat email tentang isu di Palestin termasuklah juga mengenai masjid al-aqsa yang telah ditukar imejnya dengan masjid kubah as sakhra oleh media barat terutama CNN dengan tujuan tertentu.Ia menyeru kita supaya peka dan bersama-sama mempertahankan masjid al-aqsa. Mengapa kita dituntut mempertahankan masjid al-aqsa,setelah diringkaskan inilah antara sebabnya.(sebenarnya banyak yang saya dah edit sebab anda tentu malas nak baca entry yang terlalu panjang kan..tp ni pun dah panjang dah...)

1. Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah,dan ia adalah masjid ketiga terpenting umat Islam selepas masjid alharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

2. Di dalam Al-Qur'an surah Al-Isra' ayat 1, ada disebut Masjidil Aqsa menunjukkkan masjid ini sangat penting sehingga disebut dalam AL-Quran.

3. Didalam sirah ada disebut mengenai nabi berniaga ke Syam? Untuk pengetahuan anda Syams telah ditukar nama menjadi Al Quds sejak Islam memerintah kat sana , ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain bagi Al Quds adalah Baitul Maqdis.

Menurut satu hadith,akhir zaman nanti Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.Kota ini adalah kota suci umat Islam, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah kota suci mereka. Mereka berjuang untuk mendapatkan tanah ini daripada umat Islam. Tujuan mereka membuat eksploitasi yang mengatakan masjid kubah assakhra sebagai masjid al aqsa adalah supaya mudah bagi mereka untuk memnusnahkan Masjid al-qsa yang sebenar dan mendirikan 'solomon temple' pada bekas runtuhan Masjid al-aqsa.

Yahudi menyakini didalam kitab perjanjian lama (taurat) bahawa akan datang diakhir zaman nanti seorang dewa penolong yahudi yang dinamakan Messiah(Al-masih dalam bahasa arab) apabila mengadakan ritual agama di Solomon temple dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah(Al-baqarah
Berikut adalah petikan dari ucapan wakil HAMAS waktu mereka datang ke Malaysia dulu.Bacalah.tengok kita tersentuh atau tak..

"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia."

"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami."

"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia . Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia.

"Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"

"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"

"Umat Islam di Malaysia sekalian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."

"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."

"Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari kalian. Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia, darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi Allah."

"Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekalian. Berdoalah agar kami tabah di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini..."

Justeru itu,ada TIGA perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka.

1. DOA

"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen"

2. WANG

Tak perlulah sumbangan berjuta, RM5,RM10, RM1 pun boleh..
Sumbangan boleh dibuat ke akaun Aman Palestin.

3. SOKONGAN
Inilah antara contoh sokongan yang dapat saya tunjukkan...semoga post ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.InsyaAllah...

No comments: