Tuesday, February 24, 2009

cerita lama

20/02/09 lepas ulangtahun perkahwinan kami yang keempat. Tak adalah special mana sambutannya sebab jatuhnya pun hari kerja,kami cuma jalan-jalan sekitar KL,shopping-shopping pastu makan2 di UM. Sebut pasal UM,dah lama dah tak menjejakkan kaki ke Uni perdana ni yang satu ketika dulu menjadi tempat saya menimba ilmu. Tidak banyak yang berbeza..semuanya masih mengingatkan saya pada kenangan semasa menuntut dulu. Cadangnya nak makan nasi air di kolej Ibn sina,tapi tengok-tengok tutup pula. Last-last gi makan kat 3rd..kolej kediaman ketiga Tuanku Kursiah yang dirindui..terubatnya rindu tatkala menjejakkan kaki di 3rd ni..Saya memang banyak kenangan pahit manis di sini..maklumlah lebih 3 tahun di kolej ni tentulah banyak memori yang susah nak lupa.

Disebabkan bulan ni masih dalam mood aniversary,saya nak imbas kembali kronologi perkenalan kami secara ringkas,nak cerita panjang nti boring pulak orang membacanya kan..sebenarnnya cerita-cerita lama ni sangat manis untuk dikenang,kalau kami refresh balik mesti ketawa sama-sama...Kami sebenarnya satu sekolah dari form 1-3 tapi lain-lain kelas. Disatukan dalam satu kelas tambahan yg dinamakan kelas pengajian Al-Quran. Di sekolah tak pernah berborak,senyum2 atau bertentang mata tapi sebenarnya bila berselisih tu dup..dup.. jugak la...he he..sama-samalah..mcm ada instinct pulak kan..

Bila dah form 4,terpisah sebab abg dapat masuk KISAS,saya pula masih stay disekolah lama.Tak adalah apa-apa perkembangan pun selama 2tahun setengah. Bertemu kembali bila masing-masing dah masuk U,tapi U nya lain-lain. Bila buat program anak negeri barulah dapat berjumpa kembali tapi masa tu masing-masing blur. Saya terkejut sebab dah lain sangat fizikalnya dari masa belajar dulu. Dulu kurus aje,tinggi..masa jumpa tu dah berisi,tapi xlah gemuk..sesedap mata memandang..(tp lepas kawin dah makin berisi lah..)pastu berhubung sesekali melalui surat,nak cakap telefon pun terketar-ketar..he he..malu la kunun...sama la tu,dua2 pemalu,dua-dua jual mahal...

Kami pernah putus hubungan sekejab,masa saya 2nd year,masa tu bermacam dugaan pada hbgn persahabatan kami. 2nd year untuk sesiapa yang faham memang zaman bz dengan bermacam-macam gerakerja dikampus lebih-lebih lagi stay kolej.Sempat jugalah join jadi ajk kecik PMU,orang kat sana tu apatah lagi,masa tu bakal presiden sebuah persatuan ternama di upm (pmi) lagilah besar tanggungjawabnya. Jadi,inisiatif untuk berhubung antara kami makin kurang,dan macam-macam lagilah sebab lain.Akhirnya terputuslah kami tanpa berita selama setahun setengah.Ingatkan dah x ada apa-apa dah..tapi kalau dah jodoh tak kemana kan..

Menariknya dalam tempoh tak berkawan tu, banyak pulak kami bertemu secara kebetulan walaupun lain-lain u. Kecilnya dunia ni kan..satu hari tu kami ditemukan lagi dalam satu program,(masa tu abg dah jadi pres),Kami menyambung lagi persahabatan bila kami mula berbalas sms.Sesudah abang habis belajar,sementara saya last year di UM,kami barulah serius berkawan.Terkejut jugak sebab dalam tesisnya ada dedication untuk saya..tak tahu pulak rupa-rupanya selama ni ada orang ingat kita...heh heh

Akhirnya,tarikh 040404 kami bertunang dan 200205 kami diijabkabulkan.Itulah kisah kami secara ringkasnya..yang sebenarnya panjang dan boleh ditulis novel. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun melayari rumahtangga kehdupan kami bahagia dengan dikurniakan dua orang puteri yang comel sebagai penyeri hidup kami,berselisih faham sikit-sikit tu biasalah kan tapi itulah yang menjadikan kami lebih menghargai dan mengenali antara satu sama lain..Bagi saya ,suatu hubungan itu ibarat pokok yang perlu disiram dan dibaja selalu supaya tetap subur dan mekar sepanjang masa.Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kami.Ameen..

3 comments:

SfKn said...

happy anniversary. semoga kekal ke akhir hayat

jolly arora said...

very very happy ani

Eswary said...

happy annivesary too....eventhough late.

its difficult to find true love and you have found it, congrats.