Friday, April 9, 2010

Laut mana yang tidak bergelora..

Pejam celik,pejam celik dan hampir 6 bulan tak berkongsi ceritera di blog ni..
Entah apa mood malam ni,rasa rindu pula pada dunia blog yang dah lama ditinggalkan...lama menyepi bukan tak ada story..tapi entahlah..nak menulis menaip tu rasa tak rajin aje..ditambah lagi dengan pelbagai masalah dan perkara,mood nak menulis tu memang terbantut,hilang idea nak menulis kerana fikiran berserabut dengan pelbagai perkara...

Namun kini,alhamdulillah rasanya diri ini lebih tenang,positif menghadapi ujian-ujian yang menimpa...Hanya Allah tempat mengadu,semoga Dia memberi kami kekuatan mengharungi dugaan dariNya..Sebenarnya memang banyak sungguh pengajaran dan hikmah dari ujian,namun kita sebagai manusia sering alpa dan mengeluh...Walaupun ujian yang datang itu berat,namun ia mengajar kita banyak perkara...sangatlah banyaknya.SUBHANALLAH..kerdilnya rasa diri...

Teringat satu pepatah"Laut mana yang tidak bergelora,bumi mana yang tidak basah ditimpa hujan.."semoga setiap yang dilalui akan lebih mendekatkan kita dengan Allah yang Maha Esa..