Tuesday, March 3, 2009

Banjir & tanah runtuh

Pemandangan Kuala Lumpur pada 03/03/09



Sekarang ni adalah musim hujan bagi kawasan malaysia barat. Banyak juga kawasan yang dilanda banjir walaupun tak teruk tapi ternyata ianya menyukarkan sesiapa yang mengalaminya.Kuala Lumpur juga semalam dilanda banjir,banyak juga kenderaan dan orang yang terperangkap. Kenderaan yang terendam dalam banjir tu macammanalah agaknya ya.Masa nilah pentingnya float cover untuk insurans kenderaan yang jarang-jarang diambil orang.Kalau tak ada float cover tu tak bolehlah claim insurans..

Baru-baru ni waktu saya pulang dari kampung,kebetulan hujan amatlah lebat dan panjang. Di kampung saya ni memang banyak sungai dan untuk sampai ke rumah saya terpaksa melalui beberapa jambatan.Sebenarnya ada dua jalan nak masuk ke rumah saya ni,tapi kedua-dua jalan ni terpaksa melalui jambatan.
  • Jalan pertama(short cut) satu aje jambatannya tapi tenggelam dek air sungai,tak berani lah nak lalu,buatnya mati enjin dalam air kang..ha sapo nak nolong...
  • Laluan kedua pula kena melalui..4 eh 5 jambatan(tak sure la pulak..) jambatan awal semua boleh dilalui walaupun air dah naik hingga ke paras jambatan..tapi sampai ke jambatan akhir tak lepas pulak sebab airnya naik sampai melimpah ke jalan sebab jalannya yang agak rendah.Kecut perut melihat air sungai yang deras,terbayang macammanalah banjir teruk yang berlaku di pantai timur dan beberapa kawasan lain di Malaysia. Tak mustahillah ada yang menjadi korban jika dilihat keadaan air yang deras macam tu.

Kami terperangkap dalam kampung tak boleh keluar! Menyesal pula rasanya tak keluar lebih awal,tapi manalah tahu banjir akan berlaku dibeberapa kawasan di kampung ni sebab sebelum ni(sepanjang pengetahuan saya) belum pernah berlaku banjir. Nasib baik rumah-rumah penduduk sini banyak di tanah-tanah tinggi..tapi bekas kawasan-kawasan sawah padi dahulu kala semuanya ditenggelami air. Kami pun berpatah balik semula ke rumah menunggu hujan reda dan air agak surut. Mak dan ayah terkejut sebab kami muncul lagi. Anak saya Balqis yang banyak mulut ni sibuk menanya.."mama,tadi kita keluar tipu-tipu ye mama..."bila sampai rumah pula dia terus cakap dengan atuk yang baru sudah solat "Atuk,air sungai tu penuh..tak boleh lalu"

Pagi besoknya seawal 7.30 pagi kami bertolak nak pulang ke Subang. Sebelum keluar dari kampung,sempatlah breakfast kat kedai kampung tu dengan mak dan ayah.Topik hangat di kedai kopi pagi tu ialah..banjir..banjir..banjir..Ada sorang makcik ni bercerita,rumahnya juga dilanda banjir "abih tilam ghumah se kono dalam air ujan..lobek botul ujan eh malam tadi.." mcm tulah org nogori bilo dah bercerito..Tapi ada orang Melang tu asyik menggelakkan orang sri menanti atau specifiknya orang mertang.Dia kata rumah saya ni corok(jauh kedalam) sangat,adventure betul perjalanannya kena pakai 4WD.Pastu nak angkat rumah ni letak kat luar sikit supaya senang nanti nak balik kampung...

Selepas sarapan kami pun meneruskan perjalanan dari sri menanti menuju ke destinasi..kenalah melalui jalan Bukit Putus,hujan masih turun walaupun tidaklah lebat. Saya tengok di Bukit Putus banyak tanah runtuh..ada yang agak besar runtuhannya,ada juga yang sederhana dan kecil.Tapi banyak juga di tempat runtuhan tu terdapat pokok tumbang.Kecut juga perut tengok runtuhan yang banyak tempat tu sebab jalan ni memang jarang sangat berlaku tanah runtuh. .(tak sempat nak capture gambar sebab hujan)
Daripada berita yang kami dapat,malam tadinya,jalan jammed teruk disebabkan berlaku tanah runtuh di sini.Kami pun meneruskan perjalanan macam biasa alhamdulilah selamat sampai di rumah.Sebelah petangnya,kami terdengar berita di tv melaporkan berlaku lagi tanah runtuh di bukit putus..agak besar jugalah sebab jalan ditutup terutama pada kenderaan berat.

Apapun harapan kami semua,semoga pihak yg berwajib dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap dan cemerlang serta menitikberatkan soal keselamatan dimasa akan datang.

No comments: