Tuesday, January 6, 2009

Cerita tahun baru

Tahun baru 2009 juga dibuka dengan cerita sedih iaitu ayah masuk wad. Kami dapat tahu ayah demam pada malam 1 januari.Jumaat pagi dah masuk wad di hospital besar seremban sebab ayah demam teruk sampai tak larat nak bangun. Berkejarlah kami ke seremban dan stay kat sana 3 hari,bergilir-gilir menjaga ayah siang dan malam. Ayah kena masuk air dalam badan sebab dedydrate(kurang air dalam badan)buang air kecil tak lawas,dan doktor pulak suspect bukan demam biasa. Mungkin kena dengki sebab platlet darah menurun. Tunggu beberapa hari,beberapa kali ambil darah, barulah dapat keputusan alhamdulillah bukan kena demam denggi.

Mak pula tak sihat, jadi Bang Teh bawa balik KL sebab mak biasa check up kat KL-panel DBKL. Jadi berbagi dualah kami 10 beradik menjaga emak dan ayah. Namun alhamdulillah semua memberi kerjasama yang baik sebab ini juga ujian untuk kami semua di awal tahun baru ni. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja,anak baru bersekolah,hantar ke asrama dsbgnya.

Kami masing-masing mencari punca kenapa mak dan ayah sakit tiba-tiba. Bermacam-macam andaian lah yang dibuat. Mungkin mak dan ayah tersalah makan,atau sebab lain wallahu a'lam...hanya Allah yang tahu dan kami sebagai anak akan berusaha memastikan mak dan ayah akan selalu berada dalam kesihatan yang baik.

Hari ni(selasa) barulah ayah di keluarkan dari wad. Saya mengajak ayah dan juga mak berehat di sini selama seminggu. Besar juga tanggungjawab ni tapi insyaAllah akan di cuba laksanakan sebaiknya.

1 comment:

SfKn said...

semoga Ayah MAi dah kembali sihat. n menjalani hidup seharian as usual...dugaan di tahun baru