Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah...syukur di pagi hari

Assalamualaikum pembaca budiman...Alhamdulillah syukur masih diberi ruang dan kesempatan untuk bernafas dibumi Allah yang penuh dengan nikmat ini. Sesungguhnya masa amat mencemburui kita..sedar tidak sedar hari ini sudah memasuki 9 Ramadhan 1434 h. Pagi pagi lagi rutin kami sekeluarga sudah penuh, seawal 7 pagi mesti sudah keluar dari rumah. Kalau tidak memang lambatlah tiba ke tempat bertugas dan sekolah anak-anak.

Rutin di bulan Ramadhan..bermula seawal 2 pagi,mesti bangun untuk susukan sikecil dan pam susu untuk bekalan di taska. Setelah selesai barulah memasak nasi untuk dimakan sahur nanti. Jika ada pinggan belum terbasuh,botol dan storage susu yang belum dicuci, masa inilah mengambil kesempatan untuk menyelesaikan apa yang belum selesai kerana di pagi hari pasti tidak sempat untuk menguruskan semuanya. Setelah selesai kembali merehatkan diri dikatil empuk sambil memeluk sikecil yang tidur lena selepas kekenyangan menyusu..alhamdulillah walaupun penat tapi sungguh terasa nikmat sambil merenung si comel Fateh yang kadangkala tersenyum dalam tidurnya.


Pukul 5 pagi, bangun kembali untuk bersahur,mengejutkan  si anak dara dan suami untuk bersahur bersama. Selesai bersahur, sesi pam susu untuk Fateh bagi bekalan taska nanti.. dan terus bersiap,menggosok baju sendiri dan anak-anak dara (Balqis dan Damia) untuk ke sekolah, juga menjadi rutin harian setiap hari bekerja menyiapkan sikecil Fateh untuk ditinggalkan di taska dengan bekalan susu secukupnya dan barang-barang keperluan sikecil. Dengan bantuan Mr. Hubby segala kesibukan pagi hari berjalan lancar..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah walaupun penat terasa juga nikmat...


Seterusnya pukul 7 pagi atau sebelum 7 pagi mesti keluar dari rumah, dropkan Fateh di taska dan meneruskan perjalanan ke sekolah seperti biasa..Hari ini pagi pagi lagi mama dah berceloteh dalam kereta, menasihatkan si anak dara supaya lebih pantas bergerak dan lebih pandai berdikari di sekolah dan di rumah. Mugkin kudrat ini tidak sepantas orang lain dan masa yang berlalu juga begitu pantas sehingga mama tidak mampu melakukan semuanya untuk kalian sayang.... Dulu ketika mama masih bercuti 3 bulan, mama boleh melakukannya semuanya tapi kini..mama juga perlu fokus pada tugas dan tanggungjawab mama sebagai guru, yang berkhidmat untuk negara tercinta...Oleh itu, anak-anak mama juga perlu berdikari supaya dapat lebih cepat dan dan lebih efisien dalam pengurusan masa. Alhamdulillah masih terasa nikmat walaupun penat berceloteh dalam kereta... ;-)

Membebel tu bukan hobi mama, tapi bila dah jadi ibu dan guru automatik, mesti pandai menasihat aka membebel..:-D  baru sampai maksud kepada anak-anak dan anak murid. InsyaAllah jika berkata dari hati, akan sampai maksud kepada orang yang kita inginkan.


Kini di sekolah, mengambil kesempatan yang sedikit ini sebelum kelas sebentar lagi..ingin berkongsi pengalaman dengan antum dan pembaca budiman.. walaupun hakikatnya masih banyak tugas yang perlu dibereskan...lebih lebih lagi dimusim peperiksaan ini, memang banyak kertas soalan menanti untuk diberi markah. Alhamdulillah, syukur di atas nikmatMu ya Allah..semoga diriku terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat kepada keluarga dan negara.. Aminn


Sekian coretan untuk hari ini..sehingga bertemu lagi..dada....

No comments: