Thursday, August 20, 2009

Tawaran hebat hanya di ramadhan!

Assalamualaikum semua..
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua pembaca dan kepada semua kaum muslimin.
Semoga kita sama-sama mengambil peluang memanfaatkan Ramadhan kali ini ini untuk memperoleh rahmat dan keampunan Allah swt.
SELAMAT BERPUASA

Sunday, August 16, 2009

Dua beradik

Lama tak cerita tentang dua beradik ni.. kalau cerita mereka memang macam-macam,maklumlah anak-anak tengah membesar,macam-macam perkembangan mereka yang mencuit hati.
Dua beradik ni memang rapat dan tak boleh dipisahkan lama-lama. Kalau salah seorangnya tak ada,memang tak senang duduklah kakak atau adik. Tapi kalau main bersama tu, kadang-kadang bergaduh juga.
(Balqis, di kompleks 3c, Subang Jaya..)

Cerita tentang Balqis, sekarang ni usia dia mencecah 3 tahun 8 bulan, antara perkembangan Balqis..
- Sudah boleh kenal huruf ABC- Sekarang tengah mengajar dia mengeja sukukata yang senang
- Iqra' 1 baru kenal sampai za(zal baris atas),
- dah hafal beberapa doa
- Tengah belajar melukis bentuk dan huruf
- Kenal angka hingga nombor puluh,
dan boleh mengira dengan baik,

- Dia juga pandai menyusun ayat dengan baik dalam percakapan seharian.Agaknya mungkin pengaruh kartun yang selalu dia tonton. Boleh dikatakan channel kartun disney channel,playhouse disney dari 612-616,semua dia layan. Kalau di Astro Ceria cuma satu je, Jim Jam & Sunny...
- Contoh perkataan yang dia gunakan..
sementara,kerana,menyiasat,misteri,kejutan,baiklah,sesuatu,semakin,sesuai..
lebih-lebih lagi dia cakap memang jelas dan fasih. harapnya pandaila nanti berpidato macam babanya.. :-)
-Satu lagi,Balqis semakin rajin tolong mama kat dapur..Rajin sangat-sangat

Damia, dah setahun 2bulan
Damia di taman KLCC

-Tumbuh gigi dah nak masuk 6 batang

-Kalau orang tanya,suka sangat geleng kepala,kalau nak pun geleng,tak nak pun geleng
-Makan boleh tahan seleranya
-Suka merajuk kalau tak bagi makan apa yang dia nak
-Suka ikut dan kacau mama solat
-Tak takut orang
-Suka ikut orang berjalan,kalau nampak orang bertudung, nak ikut je..
-Dah pandai panggil mama,baba,kakak, dan respons pada orang cakap,cakap dalam bahasa dialah..

Saturday, August 15, 2009

Hantu? oh tidak...

Macammana cikgu nak bagi markah ni...??

Friday, August 14, 2009

kisah orang yang ujub

Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.

Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.”

Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”

WalLahua’lam.

Tuesday, July 21, 2009

Monolog hati..

Menilai monolog hati seorang yang bergelar hamba-Nya.

Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia : Nak makan, laparlah ??
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan membaca Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahla... baca baca dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa? .makan aje le..
Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!pakai yang terbuka tu..
Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan : Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia : Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.jap lagi leeee
Manusia : Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa....
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan : Perggghh.... . best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..memang rugi tauuu..
Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? diaaa..
Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah²... pandai2lah?
Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempat la)
Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
Manusia : Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu....
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...

Manusia yang bijak akan menilai dengan akal bukan dengan hawa nafsunya. Pilihlah sesuatu yang tepat dan betul untuk kebaikan. Pilihan ada di tangan kita,manusia,makhluk dan hamba-Nya.

Thursday, July 16, 2009

Petua nak khusyuk solat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup,dan untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya.
5. Melakukan rukun solat secara tertib. Berusaha menumpu sepenuh perhatian dan menyedarkan diri bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Solat dengan menghadirkan hati, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
7. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
8. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
9. Mengambil wuduk dengan sempurna.
10. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
11. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
12. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Solat juga merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat.Firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Moga kita sama-sama dapat manfaat..
Jumpa lagi..

Diedit dari http://www.angelfire.com/

Tuesday, July 14, 2009

laksa oh laksa

Happynye hari ni sebab dapat makan laksa setelah sekian lama teringin nak makan...hari ni buat laksa utara..walaupun kekurangan bahan, alhamdulillah sedap je ditekak saya ni...hubby pun suka sangat.. Saya ni memasak sempoi aje gitu,tak cukup bahan pun tak apa,asal sedap ditekak kami ni...Yang penting bahan asas mestilah cukup..

FYI,saya ni memang peminat laksa, tapi tak nak makan buatan sendiri.. bukan apa,hari-hari memasak,kadangkala teringin juga nak makan masakan orang lain. Masalahnya,bila beli pulak asyik tak kena ditekak,nak tunggu laksa Chef Bg Chik perlis(Abang ipar) entah bila-bilalah dapat..tapi laksa dia memang sodaplah...akhirnya bila dah teringin sangat buat jugalah sendiri,dapat makan dengan puas...Alhamdulillah..

Mudah je kalau bagi anda peminat laksa nak buat, sebenarnya saya masak memang tak ada sukatan yang specific, campak-campak je..hehe..jadi agak-agaklah sukatannya nanti ye...bahan-bahan asasnya cuma ikan kembung(ikan lain,sardin atau tuna pun boleh),cili kering,bawang besar,bunga kantan,daun kesum,asam keping, sedikit belacan dan garam secukup rasa untuk kuah.

Blend cili kering,bawang besar dan belacan. Ikan direbus(air jangan buang,guna untuk kuah) ambil isi ikan dan blend, masukkan dalam periuk bersama dengan bahan blend,dan lebur je semua dengan bahan lain sehingga mendidih. Asam keping masuk kemudian,nanti masam sangat. Rasakan garam dan asam,dah siap kuahnya..

Celur atau rebus mee laksa,dan sediakan bahan ulamnya(terpulang ikut selera nak ulam dengan apa) contoh timun, salad,bawang besar,daun selom,cili api,cili besar atau nenas. Jangan lupa telur rebus. Kalau rajin bolehla cuba resepi simple ni,atau mungkin anda ada resepi lain yang lebih sedap,terpulang pada selera masing-masing. :-)

Apapun happy cooking,jumpa lagi....